Tuesday, March 22, 2011

Merong MahaWangsa buat Iolls....

Jatuh cinta dengan :

Prince of Rom - Marcus (Gavin)

Laksamana Cina - Liu Yun - Craig Robert Fong


Lagu sedetik lebih - Anuar Zain

Last Saturday aku gi tengok MHH ngan kekwan aku Ms. Shah ngan Ms. Intan... Hari tu adalah hari yang Miracle sgt... aper tak nyer... tepat kul 11.30am Ms shah da tercongok kat sofa living room aku... terkejut ok... biasa nyer dia ni jenis lambat 30 minit (jgn marah yer) tapi on time pulak hari tu... tapi x leh kuar lg sbb aku janji ngan Ms. Intan kul 12.oopm... so sambil tunggu tengok la citer Klik... I like klik... terutama Amanda... sangat comel ok...

Klik di Astro Ceria

Amanda aka Wawa Zainal

Ble da pukul 12 tu ujan panas pon da berenti... so aku ngan Ms. Shah gi ler kat LRT... tunggu Ms. intan pas tu trus naik train... yang hebatnyer kitorang sampai2 kat platform train trus sampai... tak yah tunggu2....

Sesampainyer kitorang kat KLCC trus jer gi TGV... tak sangka walaupon ramai orang kitorang tetap dapat seat yang cun... hebat2... lepas jer beli tiket trus gi Bella... buat apa??? biarlah rahsia... pas tu kitorang gi 1901... nasib baik lagi sbb hari tu 19 hb so dapat la bli dgn lebih murah sedikit... sikit jer... pas tu kitorang trus gi tgv dan tgk movie tu.... pas abeh movie tu kitorg dok borak2 kat SF sambil gossip2 / luahan perasaan / etc.... sedar2 da pukul 8 lebih... trus la balik umah...

Anywaz hari tu la hari yang terbest sekali aku gi jejalan ngan kekwan... cm Miracle sgt... semua urusan di permudahkan... harap2 jodoh ku pon dipermudahkan la... amin... :P (tibe2 jer... gluppp)

Friday, March 11, 2011

What have you done today to make you feel proud?



What have you done today to make u proud???

Me?

Nothing...

huhu... rasa cam nak do something yang blh buat aku rasa proud...

Sambung study ker???

Blajar bahasa mandrin??

Belajar berenang???

Now or never...


Saturday, March 5, 2011

.:. Beastly - annoying .:.

Da tengok Beastly???


Aku da… aku xcited nak tgk citer ni… kul 1.30pm aku da beli tiket sedangkan citer ni tayangan pertama nya pukul 6pm… klu x silap aku ada 3 tayangan jer hari ni… start kul 6pm… 1st day la katakan…

Macam mana citer ni x yah la aku citerkan… macam beauty and the beast jer versi modern… tapi aper yang penting aku start rasa annoying ble character kyle berubah jd hodoh sebab kena sumpah ngan Kendra (mary kate) sbb memalukan dia… muka dia hodoh sbb ada tatu pokok kat muka & badan… tapi yang aku tak boleh blah tatu tulisan jawi kat kening dia… kedua-dua belah kening ok… mmg x boleh blah…. Harus ker menghodohkan muka lelaki tu dengan tulisan jawi???? Korang pk la sendiri….

Thursday, March 3, 2011

iolls Teruja!!!

Hi uolls... lama da iolls x update... bizi la... biasa la boss baru cara kerja pon baru... baru la iolls rasa macam PA sebenar gitue.... Iolls?? uollss??? ni la pengaruh cari dot com... huhu... gitue... da lama iolss menghilang tapi uolls tak cari pon... sedih gitu... baru tau diri tak popular... haha... (aper aku mengarut ni???)

hari ni boss iolls ada seminar so iolls ada lah masa nak update gitue... tapi tak tau nak story mory aper... ermm... uolls rasa tertarik tak nak tengok HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA??? iolls begitu tertarik dan teruja gitue... bukan sebab KRU brothers ker haper... tapi sebab grafik cerita tu yang menarik... iolls rasa macam tgk citer narnia gitue...

ni ha antara artikal mengenai citer ni...


Merong singgah di 72 negara
Oleh Zubir Mohd Yunus (yang berada di Bangkok, mengikuti proses akhir pasca produksi Hikayat Merong Mahawangsa, baru-baru ini)
zubir@bharian.com.my

2011/01/02
INDUSTRI perfileman tempatan bakal melakar satu lagi sejarah baru apabila filem kelapan terbitan KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), bakal ditaya
ngkan di 72 negara apabila syarikat pengedaran perfileman terkenal, Epic Pictures yang berpangkalan di Los Angeles, California, bersedia memasarkan menjadi pengedar filem epik pertama arahan Yusry Abdul Halim itu.

Untuk penonton di negara ini, mereka akan dapat menontonnya bermula 10 Mac depan. Filem yang membabitkan bajet produksi dan promosi RM8 juta itu kini hampir siap sesudah ia
menjalani proses akhir pasca produksi di sebuah makmakl pemprosesan di bangkok, baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, HMM boleh dianggap filem paling berjaya di sudut pengedaran apabila menjadi produk pertama buatan anak tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa secara meluas.

Antara negara yang bakal menayangkan HMM termasuklah Amerika Syarikat, Jerman, Eropah, United Kingdom, Russia, Kanada, China dan Australia. Pun begitu, apabila menembusi pasaran antarabangsa, HMM bukan saja akan memasuki pawagam, sebaiknya ia turut disiarkan menerusi medium lain seperti cakera vid
eo digital (DVD) dan stesen TV negara berkenaan.

Membariskan pelakon popular dari United Kingdom, Sweden dan Australia, selain Malaysia, HMM turut dihasilkan menerusi dua versi apabila menggunakan 60 peratus Bahasa Malaysia untuk pasaran tempatan, manakala 60 peratus Bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

HMM selesai menjalani proses akhir pasca produksi di Siam Film Development (SFD) atau Siam Lab di Bangkok, Thailand. Justeru, KRU Studios baru-baru ini mengundang wakil media massa ke SFD untuk melihat sendiri proses akhir penghasilan HMM di makmal berkenaan seperti adunan audio, penggredan warna, kesan khas dan teknik imej janaan komputer atau CGI yang banyak digunakan untuk pembikinan filem itu.

HMM sebelum ini melalui proses awal penggredan warna di KRU Studios dan apabila dibawa ke SFD, ia akan melalui proses akhir menggunakan peralatan lebih moden. Filem epik ini juga melalui proses audio premix di KRU Studios dan apabila dibawa ke Siam Lab, ia akan melalui proses adunan menghasilkan bunyi dolby surround 5.1 .
“Ketika tayangan HMM di American Film Market, Santa Monica, California, November lalu, ada beberapa pembetulan CGI dan audio yang perlu dinaikkan taraf, justeru kami turut melakukannya di Siam Lab kerana mereka mempunyai tenaga mahir yang sudah mengetahui cita rasa kami,” jelasnya.

Selain ditemani Norman, Yusry dan Edry serta beberapa tenaga teknikal KRU Studios, kehadiran wakil media di Siam Lab turut disambut Pengarah Urusan SFD, Sa-nage Janjarasskul dan Pengurus Pemasaran Antarabangsa SFD, Nanteema Janjarasskul.

Norman juga menjelaskan, proses yang dikenali sebagai kine transfer turut dilakukan di SFD apabila penggambaran HMM yang dibuat menerusi format digital (hard disc) menggunakan redcam 4K perlu ‘ditukar’ atau diproses menjadi negatif filem 35mm untuk tayangan pawagam.

“KRU Studios mensasarkan kutipan HMM mampu mencecah RM10 juta, suatu angka yang konservatif apabila ia selesai ditayangkan di 72 negara. Selain menghasilkan buku dan dokumentari HMM, saya bercadang mempertandingkan filem ini ke festival filem antarabangsa seperti Anugerah Akademi di Los Angeles,” katanya.

Sepanjang berada di Bangkok, Norman mengambil peluang meronda di sepanjang Sukhumvit Road yang memang terkenal di kalangan pelancong sebagai syurga membeli belah, manakala kenderaan yang dikenali sebagai Tuk Tuk menjadi pengangkutan paling popular kerana jalan utama di ibu kota itu sentiasa ‘parah’ dengan kesesakan lalu lintas.

Info Produksi

* JUDUL FILEM: Hikayat Merong Mahawangsa
* JUDUL FILEM (PASARAN ANTARABANGSA): The Malay Chronicles
* TERBITAN: KRU Studios Sdn Bhd
* KERJASAMA & SOKONGAN: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi dana ‘e-content’
* GENRE: Epik-aksi-pengembaraan
* KOS PENERBITAN: RM8 juta
* PENERBIT EKSEKUTIF: Norman Abdul Halim
* PENGARAH: Yusry Abdul Halim
* SKOR MUZIK: Edry Abdul Halim
* LAGU TEMA: Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain
* PENATAAN MUZIK LATAR: membabitkan 105 pemuzik profesional di bawah pimpinan pengarah muzik, Claus Peter Flor. Proses rakaman berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Muzik latar diberi gubahan semula Ahmad Muriz Che Rose serta Vivian Chua untuk Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO)
* SKRIP: Amir Hafizy
* KOORDINATOR AKSI LAGAK NGERI: Chan Man Cheng yang pernah menjayakan produksi filem antarabangsa seperti The Police Story, Rush Hour, Shanghai Nights dan Hellboy II
* LOKASI PENGGAMBARAN: Terengganu; Kuantan, Pahang dan sekitar ibu negara termasuk Setapak, Bukit Seputih serta Batu Caves
* TEMPOH PENGGAMBARAN: Jun hingga Ogos 2009
* PELAKON: Stephen Rahman Hudges sebagai Merong Mahawangsa, Jing Lu (Meng Li Hua - Puteri China), Gavin Rees StenHouse (Marcus - Putera Rom), Craig Robert Fong (Liu Yun - Laksamana China), Eric Karl Hendrik Norman (Lycius - Laksamana Rom), Keith Chong (Maharaja China), Datuk Rahim Razali (Kesum), Deborah Henry (Yesoddhra), Wan Hanafi Su (Taji), Khir Rahman (Kamawas), Ummi Nazeera (Embok), Umie Aida (Lang - ibu Merong Mahawangsa), Nell Ng (Ying Ying), Kuswadinata (Phra Ong), Mano Maniam (Goan), Ravi Sunderlingam (Sunder - pahlawan Goa), Jehan Miskin (Embi - pahlawan Melayu) dan Maya Karin (orang kampung) serta lebih 300 pelakon tambahan
JANGKA TAYANG: 10 Mac 2011


Hari tu tgk blakang tabir Merong ni betul2 nampak menarik.... tu pasal la iolls xcited giler nak tgk citer ni kat cinema... kira nyer 1st epic movie la yang iolls tengok... begitu terujanya iolls sampai nanti iolls nak cari la buku Hikayat merong mahawangsa ni... dulu2 iolls ada gak la baca buku hikayat hang tuah kat kampung iolls... tapi tak tau kat mana da buku tu sekarang... sampai pening2 la iolls baca sebab bahasa dia kan lain.... Jom la ramai2 kita penuhkan cinema 10 Mac ni...