Bila Aisha ni bangun dari pengsan dia nampak seorang perempuan cantik (Umi aida) yang memegang cawan dan menyuruhnya minum... tetapi akibat dari trauma dan tidak brapa ingat apa yang sebenarnya terjadi Aisha mengamuk dan cuba untuk menyelamatkan diri dari perempuan yang tidak dikenali... dan dia sempat mengambil tombak dan dihalakan tepat di leher Kamal (Remy Ishak) yang kebetulan masuk ke bilik tersebut... Aisha meminta dia dikembalikan ke tempat di mana Kamal menemuinya... Kerana dia takut kampung tersebut merupakan tempat Jepun kerana kampung itu aman dan tidak terjejas dengan peperangan langsung.
Kamal pon membawa Aisha ke tempat dimana Kamal jumpa Aisha, Aisha mula teringat serangan Jepun dan dia ternampak tulang2 ditempat itu dipercayai milik askar jepun... Kemudian Aisha berlari dan dia nampak kampungnya - abandon village gitu... ada satu pondok yang dah ditutupi pokok2 menjalar.... macam da lama giler terbiar la... dan dekat situ la dia baru ingat nama dia Aisha...
Semasa di bekas kampung Aisha mereka diserang oleh 3 orang lelaki... Rupa2nya lelaki2 tersebut orang kampung Kamal... Atan (Shahnaz Ahmad) dan rakan-rakannya. Mereka marah Kamal membawa masuk orang luar (Aisha) ke kampung mereka dan mereka juga memandang rendah kepada Kamal dan mengatakan Kamal adalah seorang yang pengecut. Dan Atan mengarahkan Kamal membawa Aisha pulang ke rumah kerana hari sudah masuk magrib...
Dalam Scene yg lain pulak Aisha duduk di tangga di rumah didatangi Melur (Emelda Rosmila) dan Hanum (Sara Ali) mengajak Aisha berjalan-jalan dikampung... Pada mulanya Aisha tidak mahu dengan mengatakan dia tidak sihat tetapi dipaksa oleh Hanum... Hanum dan melur memperkenalkan kampung tersebut dan identify kan rumah2 yang ada kepada Aisha... dan Tiba2 Atan dan Salleh memanggil Melur dan Hanum... Rupa2nya Melur isteri kepada Atan... manakala Hanum Isteri kepada Salleh... dan menurut Melur kampung tersebut ada adat dalam memilih ketua kampung.. Walaupon Kamal anak kepada ketua kampung tetapi oleh kerana kamal masih belum berkahwin dia tidak layak menjadi ketua kampung... oleh sebab itu Atan menjadi ketua kampung sementara Kamal masih belum berkahwin.
Semasa perjalanan balik ke rumah Aisha ternampak Ibu Yani sedang menabur garam di keliling kampung dan tidak mengendahkan nya dan terus pulang ke rumah... semasa dia sedang menaiki tangga dia ternampak seorang budak perempuan di bawah rumah dan dia mengejar budak perempuan tersebut.... Start dari situ la bermula segalanya... Kampung tersebut di serang oleh mahluk yang orang kampung panggil iblis/Azazil... Malam itu Salleh dibunuh dan Hanum di culik oleh mahluk tersebut... Melur menjadi gila... dan kampung tersebut sudah tidak aman lagi.... Siapakah sebenarnya Azazil tersebut... Ke mana Hanum menghilang....
Ok la aku cerita sampai situ jer... nanti tak suspen pulak... apa pon cerita ni memang best... Aku suka jer tengok Diana Daniella bawak watak macam ni... Macam Ayu jugak watak dia... Lagi satu dia buat kita rasa cam ... Weh jgan weh... Jgn... Ikut je la cakap orang... Cam tu... bak kata orang Curiosity kill the cat kan...
Dan ending sangat mengujakan... twisted habis... sangat menarik.... Klu korang suka cerita The Village cerita ni lagi menarik dan masuk akal sikit... hehe... bagi aku la...
Dalam 5 bintang aku bagi 3 bintang...
x leh review lebih2... nanti terreveal semuanyer... kuikuikui
1 comment:
baru tgk..bes bes..bila fizo omar dtg baru rasa bes..rupanyaaa..rupanyaaa.bes tgk skarang sbb syukri yahya x gaga hcamtu dah..lembik je 7 hari mencintaiku 2.diana danialle dah berisi sket..shahnaaz dah kawen n dah cerai..dah lama cerita ni hihihi
Post a Comment