Thursday, July 18, 2013

Review : Hantu Jerangkong (1957)

Ok hari ni aku nak review cerita melayu zaman dulu2... selain cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee aku paling suka cerita ni... 1st time aku tengok cerita ni masa zaman VHS dulu... Arwah ayah aku yang bawa balik cerita ni... dia beli kat mana aku tak tau... sbb zaman tu aku kecik lagi... dlm sekolah menengah aku rasa... (eh kecik ke tu???) dlm form 1-form 2... sbb klu x silap aku dlm form 3 ker cam tu umah aku da ada VCD sbb nyer VHS rosak... rosak sikit jer pon... Video tu tersangkut... x nak kuar.... huhu... tapi zaman VHS mmg best... suka2 ati jer leh rakam cerita.... skrg pon blh gak... klu guna Astro...

Malam tu jugak kitaorg tengok cerita ni... Cerita ni starting dia syirik sgt... x tau aku cam ner org dulu2 leh berlakon cam ni... hehe... Aku bagi synopsis la..

Mak Itam seorang bomoh kampung yang terkenal mempunyai pendamping... Pendamping nya memaklumkan nya bahawa Mak Itam hanya tinggal sebulan sahaja untuk hidup dan pendampingnya akan mengikut orang lain... Tetapi Mak Itam tidak mahu mati.... Dia minta Pendampingnya untuk berikan dia hidup selama-lamanya dan Mak Itam percaya yang pendampingnya mempunyai kuasa (syirik sungguh).. Pendampingnya mmg bertujuan untuk menyesatkan umat Nabi Adam bersetuju dengan syarat Mak Itam mesti lah mati dulu...

Sebulan selepas itu Mak Itam pon mati seperti yang diberitahu oleh pendampingnya... Malam tu mayat Mak Itam di jaga oleh anak saudaranya dan orang kampung... Semasa anak saudara Mak Itam pergi mengambil air di telaga... orang-orang kampung yang menjaga mayat Mak Itam seperti yang disuruh oleh ketua Kampung (sbb ketua kampung tau Mak Itam membela) tertidur semasa membaca surah Yassin atas perbuatan pendamping Mak Itam... Pendamping Mak Itam bertukar menjadi kucing Hitam dan melangkah mayat Mak Itam... dan bangkitlah Mak Itam semula dan menjadi Hantu Jerangkung...

Dalam cerita ni hantu jerangkung tu makan darah orang... so ala2 drakula la... hehe... Watak yang best bagi aku Watak Aziz (Aziz Satar), Enon , dan watak Isteri Aziz... seram kelakar time Enon kena rasuk ngan Mak Itam dan datang umah Aziz tok makan nasi...

Dialog paling aku dan 1 family aku igt smpi bila2 "Eh Non... Orang bukak pintu di depan kau masuk di belakang pulak... masuk la non"  tetiba non ilang... hehe....

Paling seram... Cara Mak Itam bangun pas mati...

Cerita ni best n mmg boleh layan...

Kalau korang tak tau mana nak cari... Cer search kat Youtube... ada....

So aku bagi cerita ni

No comments:

Post a Comment