Wednesday, July 31, 2013

Review : Haunted Office aka Office yauh gwai

Cerita ni cerita Hong kong... Aku suka sgt tgk cerita ni... Besttttt.... Boring2 kat opis aku layan cerita ni.... haha... Motifffffffffffffffff..............

Cerita ni mengisahkan satu bangunan pejabat yang berhantu kerana kedudukan feng shui nyer tak braper baik... Setiap tahun pada Lunar July akan ada kematian misteri atau bunuh diri pekerja dibangunan tu... sebab nyer hantu2 yang mati pada tahun sebelum nyer nak cari pengganti.... kira nak melepaskan diri dari bangunan tu so kena cari org ganti dia.... So tiap2 tahun mesti seramai 9 orang pekerja dalam bangunan tu (tak kisah la company apa) akan mati... Tak kurang dan tak kan lebih... genap2 9 orang..

Dalam cerita ni ada 3 cerita macam mana hantu2 ni nak trick orang yang still hidup ni untuk mati dan ganti tempat dia... Cerita pertama mengisahkan Pat dan hantu di toilet, Ken mengenai pemilihan yang dibuat nya.... Salah atau betul... Dia memilih orang atau Hantu???? dan cerita ketiga mengenai Richard boss yang kejam dan tak bertimbang rasa... dia nak memecat Marry pekerja yang telah bekerja lama kat ofis dia dari zaman ayah dia mentadbir syarikat tu sebab tak nak bayar pencen dan pampasan...

Bagi aku ketiga2 cerita ni best...

Antara pelakon yang ada Karen Mok, Shu Qi, Jordan Chan, dan Stephan Fung

Dari 5 bintang aku bagi

Da Setahun....

Petang ni pukul 4.35pm... 

Genap la Setahun (bln Islam) Arwah Ayah aku pergi..... 

huhu..

Semoga ayah tenang disana....

Al-Fatihah...

Tuesday, July 30, 2013

Review : Setinggan (1981)


Korang pernah tengok cerita ni???? Aku pernah tengok masa kecik2 dulu... ayat yang paling aku ingat "MUSTIKA RATUUUUU" dulu2 aku rasa mustika ratu tu cam gempak la sbb ada dalam movie kan.... Scene paling aku ingat time Yusni Jafar bersauna kat Mustika Ratu... haha... Kelakar... Skrg sauna cam tu boleh wat kat rumah jer... boleh bli kat Nazcon...

Ok.. back to cerita ni... Aku x tau ble la exectly cerita ni dibuat... sbb ble aku google tak der wiki pulak... tapi major tulis 1981... yer la tu kot... aku pon x lahir lagi time ni... Ibu ngan Ayah aku pon lom kawen lagi time ni... Cerita ni mengisahkan Sudin yang berhijrah ke bandar Kuala Lumpur untuk meningkatkan taraf hidup dia...dan dia tak nak duduk kampung mybe tak rugged la duk kampung kan... tapi dia tunjuk kat kampung tu tanah dia sendiri and dia ada kebun buah2an... dan ayah dia tinggal sorang... Lepas da dapat kerja sebagai  Security Guard dan menyewa kat kawasan setinggan dia bawak la anak bini dia sekali....

Mengikut cerita ni kawasan setinggan ni rumah rapat2 toilet ada kat luar and punca air kongsi2 dan kena siapkan paip getah panjang dan ada time2nyer... So bila duduk macam ni ada jer la yang tak kena... Bergaduh la apa lah... tapi aku tgk cerita ni sebenarnyer ada benda yang dia nak sampaikan macam Jaga kebersihan, Vandalisma, Semangat Kejiranan, dan macam2... Best cerita ni....

So klu korang da boring tak tau nak tgk cerita apa... try r tengok cerita ni.... best jugak.... Klu tak tau nak tgk kat mana search je kat youtube : Setinggan... mesti korang jumpa....

Dalam 5 bintang aku bagi


Thursday, July 18, 2013

Review : Hantu Jerangkong (1957)

Ok hari ni aku nak review cerita melayu zaman dulu2... selain cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee aku paling suka cerita ni... 1st time aku tengok cerita ni masa zaman VHS dulu... Arwah ayah aku yang bawa balik cerita ni... dia beli kat mana aku tak tau... sbb zaman tu aku kecik lagi... dlm sekolah menengah aku rasa... (eh kecik ke tu???) dlm form 1-form 2... sbb klu x silap aku dlm form 3 ker cam tu umah aku da ada VCD sbb nyer VHS rosak... rosak sikit jer pon... Video tu tersangkut... x nak kuar.... huhu... tapi zaman VHS mmg best... suka2 ati jer leh rakam cerita.... skrg pon blh gak... klu guna Astro...

Malam tu jugak kitaorg tengok cerita ni... Cerita ni starting dia syirik sgt... x tau aku cam ner org dulu2 leh berlakon cam ni... hehe... Aku bagi synopsis la..

Mak Itam seorang bomoh kampung yang terkenal mempunyai pendamping... Pendamping nya memaklumkan nya bahawa Mak Itam hanya tinggal sebulan sahaja untuk hidup dan pendampingnya akan mengikut orang lain... Tetapi Mak Itam tidak mahu mati.... Dia minta Pendampingnya untuk berikan dia hidup selama-lamanya dan Mak Itam percaya yang pendampingnya mempunyai kuasa (syirik sungguh).. Pendampingnya mmg bertujuan untuk menyesatkan umat Nabi Adam bersetuju dengan syarat Mak Itam mesti lah mati dulu...

Sebulan selepas itu Mak Itam pon mati seperti yang diberitahu oleh pendampingnya... Malam tu mayat Mak Itam di jaga oleh anak saudaranya dan orang kampung... Semasa anak saudara Mak Itam pergi mengambil air di telaga... orang-orang kampung yang menjaga mayat Mak Itam seperti yang disuruh oleh ketua Kampung (sbb ketua kampung tau Mak Itam membela) tertidur semasa membaca surah Yassin atas perbuatan pendamping Mak Itam... Pendamping Mak Itam bertukar menjadi kucing Hitam dan melangkah mayat Mak Itam... dan bangkitlah Mak Itam semula dan menjadi Hantu Jerangkung...

Dalam cerita ni hantu jerangkung tu makan darah orang... so ala2 drakula la... hehe... Watak yang best bagi aku Watak Aziz (Aziz Satar), Enon , dan watak Isteri Aziz... seram kelakar time Enon kena rasuk ngan Mak Itam dan datang umah Aziz tok makan nasi...

Dialog paling aku dan 1 family aku igt smpi bila2 "Eh Non... Orang bukak pintu di depan kau masuk di belakang pulak... masuk la non"  tetiba non ilang... hehe....

Paling seram... Cara Mak Itam bangun pas mati...

Cerita ni best n mmg boleh layan...

Kalau korang tak tau mana nak cari... Cer search kat Youtube... ada....

So aku bagi cerita ni

Tuesday, July 16, 2013

Hari Isnin dan Selasa Yang Suram....

Selamat tinggal dan semoga tenang di Sana Kak Aisyah....

Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....

Amin...

- 6 Ramadhan 1434-

Sedikit kecewa tidak dpt bertemu kak aisyah buat kali terakhir....

Tapi mungkin ada hikmahnya.... lgpon aku tak kuat lagi... Sisa-sisa kesedihan atas pemergian ayah ramadhan tahun lalu masih ada.....