Friday, March 8, 2013

Don't Salam My Hand....

Wow... ini isu kanak2 sangat... benda basic2 jer kot.... Aku time sekolah rendah ustazah dah bagi tau... Lelaki perempuan tak boleh bersalam... tak boleh bersentuhan... Tapi tah la orang zaman sekarang ni.... Aku pon tak pham....

Nah aku tepek dari hasil google aku.... tapi sori aku tak igt dari blog mana... klu tuan punya blog baca sila contact aku tok aku tls kredit tok korang k???


Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له
Terjemahan: Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)Takhrij: Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487. Al-Haitsami berkata: Para perawinya adalah perawi yang sahih. Imam al-Mundziri berkata: para perawi ath-Thabrani adalah tsiqah dan termasuk para perawi yang sahih. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah, 1/447, no. 226.



Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah bersalaman dengan wanita yang tidak halal baginya walaupun dalam peristiwa bai’at.

Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَايِعُ النِّسَاءَ بِالْكَلَامِ بِهَذِهِ الْآيَةِ { لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } قَالَتْ وَمَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَ امْرَأَةٍ إِلَّا امْرَأَةً يَمْلِكُهَا
Terjemahan: Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berbai’at dengan kaum wanita secara lisan (tanpa bersalaman) untuk ayat “Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu”. Dan tangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah menyentuh tangan wanita melainkan wanita yang dimilikinya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 22/160, no. 6674)Juga melalui hadis ini:

وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ مَا يُبَايِعُهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ قَدْ بَايَعْتُكِ عَلَى ذَلِكِ
Terjemahan: Tidak, demi Allah, tidak pernah walau sekali pun tangannya (tangan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) menyentuh tangan seorang wanita ketika melakukan bai’at. Beliau tidak membai’at para wanita melainkan hanya dengan mengatakan: “Aku telah menerima bai’at kamu untuk perkara-perkara tersebut.”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 15/165, no. 4512)Daripada Umaimah Binti Ruqaiqah, ia menyatakan:

أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في نساء لنبايعه، فأخذ علينا ما في القرآن: { أَنْ لا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } الآية، وقال: “فيما استطعتن وأطقتن”، قلنا: الله ورسوله أرحم بنا من أنفسنا، قلنا: يا رسول الله، ألا تصافحنا؟ قال “إني لا أصافح النساء، إنما قولي لامرأة واحدة كقولي لمائة امرأة
Terjemahan: Aku pernah berjumpa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama beebrapa orang wanita untuk berbai’at kepada beliau. Maka beliau pun membai’at kami dengan apa yang terdapat di dalam al-Qur’an, iaitu kami tidak boleh mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu. Lalu beliau bersabda, “Iaitu berkenaan dengan apa yang kamu mampu dan sanggupi.”Maka kami pun berkata, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih menyayangi kami daripada diri kami sendiri.” Seterusnya kami mengatakan, “Wahai Rasulullah, tidakkah kita perlu bersalaman?”

Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Ucapanku kepada seorang wanita bersamaan dengan untuk seratus orang wanita.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 44/559, no. 27009. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih, perawinya tsiqah daripada perawi syaikhain (al-Bukhari & Muslim) kecuali Umaimah Binti Ruqaiqah. Al-Hafiz Ibnu Katsir berkata di dalam tafsirnya, 8/96: Sanad hadis ini sahih, diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, dan Ibnu Majah daripada hadits Sufyan B. ‘Uyainah. Juga diriwayatkan oleh an-Nasaa’i daripada hadits ats-Tsauri dan Malik B. Anas. Semuanya bersumberkan daripada Muhammad B. Al-Munkadir. At-Tirmidzi menyatakan: Hadis ini hasan sahih)

No comments:

Post a Comment