Monday, August 30, 2010

1957 Hati Malaya & Bilik 13

Saper tengok 1957 Hati Malaya??? Best r citer tu... fakta kan semuanya... slack sikit aku rasa sbb letak kisah2 cinta tu... tp x tau la kot dia nak tunjuk yang org zaman tu klu berlainan kefahaman parti politik x leh nak kawen / bercinta lak kan... tapi apa2 hal aku mmg suka tgk citer ni terutama sekali watak Tunku Abdul Rahman... macam real... mmg pon Tunku slalu senyum jer...

Sinopsis 1957 Hati Malaya

Hali (Rusdi Ramli, Salmi (Maya Karin), Rafik (Adlin Aman Ramlie), Ani (Sharifah Amani) dan Ang Lee (Douglas Lim), mewakili generasi muda Malaysia yang datang dari latar belakang dan pemikiran yang berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar 1957 - Hati Malaya. Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan, persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957. Mereka betul-betul mendalami dan menjiwai watak-watak dan peristiwa dengan penuh emosi dan membawa mereka pada waktu semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut kemerdekaan - rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap negara melangkaui perasaan emosi peribadi mereka. Watak kini menemui pengertian sebenar "pengorbanan" dan "Merdeka".

Filem ini bertumpu kepada Tunku Abdul Rahman (lakonan Mohd Kamarulzaman Taib), pengasas Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan, dan Datuk Onn Ja’afar (lakonan Zaefrul Nadzarine Nordin), pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946.

sumber: Wikipedia.


Lepas jer abis citer 1957 Hati Malaya aku ingat nak tido jer... ngantuk tu.. da lebih kurang kul 1.00 am la cam tu... tetiba citer Bilik 13 start... teringat pulak yang Mr. Irfan Roslan kata yang dia ada berlakon citer Bilik 13 (1episode jer)... so aku pon tgk la best ker tidak kan.. lagi pon x guarantee yang dia ada tok episode yang aku tgk tu... sbb setiap minggu pon pelakon dia lain-lain... dan cerita tu reruns jer...

Oh My Guess... tak ku sangka.... Rupanyer memang dia ada dlm episode tu... title tok episode tu TOPENG... hehe... watak dia lain dari yang aku pernah tengok sebelum ni... siap ada misai2 sikit.. janggut2 sikit... cam serabut la muka dia kan... tapi suka tgk dia gelak jahat tu... comel.. teringat JOker (batman)...

No comments:

Post a Comment