Tuesday, September 7, 2010

Finally...


berjaya gak aku membuat Mrs. Fields Chocolate Chips cookies

Kali ni aku berjaya buat dia jd doh... so kesilapan lama aku adalah kerana aku menggunakan telur putih... (yer kawan-kawan sila la gelak... saya baru belajar ok... :P) dan aku jugak bakar cookies tu guna multicooker so cookies aku rupa dia cm tak best...

Semalam aper yang beza cumalah Butter aku guna Buttercup (mahal giler siot... RM4.40 kat sogo), Chocolate chips aku x guna Hershey aku guna yang ada jual kat Kedai kek (TQ yer Mrs. Sue sbb tolong belikan chocolate chips), of coz telur aku just guna telur kuning sahaja dan aku ada jugak guna coco powder dan aku bakar cookies tu guna oven (TQ yer Ibu sebab tolong bakarkan ---> aku takut nak guna oven)

Cara buat dia semua sama... kecuali bila da letak chocolate chips tu aku asingkan 2 adunan... 1 yang biasa (normal cookies) yang 2nd tu aku letak 2 tablespoons Coco powder... Hasilnya... yang 1 tu manis (normal cookies) dan yg 1 lg tu bittersweet (coco)... I love yang bittersweet tu... tapi Ibu aku lg prefer yang normal tu... biasa la selera lain2 kan... :P

Ni yang normal

Ni yang bittersweet

Nnti aku nak try buat lg... Kali ni nak guna Hershey... actually rasa dia sama jer sedap ngan yang tak guna hershey tapi aku nak try hershey yang white chocolate tu.. hehe... leh tak aku tukarkan coco powder tu ngan milk powder??? korang agak2 dia sedap ker tak???? erm... tak per la pas raya ni aku cuba buat lg la... experiment guna milk powder pulak... hihi... best gak baking2 ni kan... :P

P.S : Kalau korang nk try kan... aku nk bg tips r... time korang nk bentuk kan dia kecik2 tu (sblm bakar)... pastikan korang buat dia kecik2... sbb bila bakar dia kembang seperti cookies aku tu.. da jd besar-besar aku tgk... kecik sikit jer dari chipsmore...

No comments:

Post a Comment