Dalam persamaan ketiga2 cerita ni adalah masa... 3 AM atau dalam bahasa ibunda aku dipanggil 3 pagi... Dikatakan bahawa pukul 3 pagi ni la masa dimana mahluk2 halus aka hantu ni kuat... dan boleh dirasai kehadiran mereka... so beware bagi mereka yg selalu tido lambat or terjaga bila jam kul 3 pagi... kuikuikui...
Cerita ni dari 3 pengarah yang berbeza... Jalan cerita jugak berbeza... so aku cerita mengikut short stories tu pnya cerita ok...
1. Title : The Wig
Pengarah : Patchanon Thumjira
Ada conflict di antara 2 beradik ini... mereka saling iri hati antara satu sama lain... Di mata Mint adik nya merupakan anak kesayang ibu dan bapanya... Manakala di mata May, Mint la merupakan anak kesayangan kerana semua barang-barang lama Mint yang Mint da tak nak yang May dapat... Kisah seram terjadi pada malam tahun baru... Ketika kawan-kawan Mint datang untuk menyambut new year di rumah kedai mereka...Kawan-kawan Mint membuat bising dan buat main rambut palsu menyebabkan May marah... Semasa bertengkar kedua beradik ini meluahkan perasaan tidak puas hati masing-masing Mint menyuruh Lin (Kawan Mint ala2 2 alam) menyimpan kembali rambut palsu tersebut dan start dari situ la perkara seram bermula... Mula-mula mereka jumpa kepala Lin di rak display rambut palsu... Kemudian seorang demi seorang dibunuh... semuanya kerana Hantu tersebut marah kepada May membuat rambut palsu dari rambutnya yang dicuri... typical untuk cerita Rambut Palsu...
2. Title : The Corpse Bride
Pengarah : Kirati Nak-Intanon
Mengisahkan seorang lelaki yang mengambil tugasan menjaga 2 mayat pengantin yang sepatutnya akan berkahwin lagi seminggu. Tugasan diambil kerana gaji yang amat lumayan dan kerja yang senang... Pengantin Perempuan tersebut merupakan seorang yang cantik rupawan... Lelaki tersebut tidak mengikut arahan yang diberikan kepadanya dan menceroboh masuk ke bilik pengantin tersebut dan terjumpa video mengenai kisah sadis pengantin tersebut... Kenapa pengantin perempuan di ikat (dera) sebegitu???? Apa yang sebenarnya terjadi.... Benarkah apa yang anda lihat???? Adakah itu benar2 kisah yang terjadi???? Tengok la sendiri...
3. Title : OT
Pengarah : Isara Nadee
Cerita ni mengisahkan 2 orang sahabat (Owner syarikat) dan kawan baiknya suka membuat Prank kepada pekerja-pekerja syarikatnya yang suka berkerja lewat malam dan buat OT tetapi tidak datang kerja pada sebelah siang kira nyer saja2 tak siapkan keje tapi buat OT untuk dapat duit lebih... Cerita ni cerita yang paling best dan menarik dalam ketiga2 cerita dlm 3AM ni.... Korang mesti tertanya2 siapa hantu yang sebenarnya???? cerita ni mmg twist ending... best giler... mesti tonton....
Klu free2 layan la cerita ni K???
Dalam 5 Bintang aku bagi 3 Bintang....
No comments:
Post a Comment