Sunday, April 7, 2013

Review : 13 Real Asian Horror Stories


 Aku tgk cerita ni hari jumaat lepas... downlod kat Youtube... hehe...  Kali ni downlod tak tengok comment...


Cerita ni cerita jepun... ada subtitle so korang mesti la dapat paham cerita... so bahasa tak der masalah... Movie ni ada 13 short stories... betul2 short ok...  kekadang tu sampai korg rasa curious... aper jadi ngan dia??? Mati ker??? Hidup ker???? Tapi nak buat cam ner cerita ni 1 jam 16 minit so bayangkan la 13 cerita dlm masa 1 jam 16 minit... tak sekejap jer tu satu cerita...  cincai kira satu cerita 5 minit...

Paling aku suka intro cerita ni... siap ada gambar2 yang tersnap gambar hantu... yang aku paling suka gambar ni.... seram x????





1. Only two of us
Mengisahkan seorang kanak2 yang baru kematian ibunya selalu takut untuk bersendirian... Sebab dia nampak orang hitam???? saper orang hitam tersebut????

2. Three People Are Coming
 Mengisahkan seorang pelajar yang nak balik kerumah dan menaiki lif...tiba2 lif tersebut rosak dan dia menekan butang kecemasan dan meminta pertolongan.. tapi dia hanya dapat mendengar suara lelaki (seram) menyebut "tiga orang akan datang" (in japan of coz)... Selepas itu budak perempuan tu di cekik... dan terlepas... selepas itu dia di cekik sekali lagi dan terlepas... selepas dia mensyaki apa maksud "3 orang akan datang" dia jadi takut dan tiba2 lif tersebut ok kembali.... adakah yang ke3 akan datang????

3. Copy Machine
 Dua orang pelajar perempuan sedang menyiapkan kad/poster bagi menyambut hari graduasi mereka...dan mereka tertanya-tanya mengapa kawan baik mereka, Shiiko tidak hadir ke sekolah kerana Shiiko tidak pernah ponteng sekolah dan merupakan pelajar yang pintar.  Apabila salah seorang dari 2 pelajar ini melihat gambar yang telah di photostat untuk ditampal kan ke poster rosak di curious why hanya gambar Shiiko yang rosak (muka shiiko terpadam), Mereka berfikiran positif dan berfikir mungkin mesin tersebut rosak dan cuba lagi sekali... Usaha mereka gagal kerana muka shiiko masih lagi terpadam dan tiba-tiba mesin photostat tersebut bergerak sendiri dan hasil printing menunjukkan bagaimana shiiko DIBUNUH....

4. Blue Rain Coat
Cerita ni aku tak faham sangat... Ada sorang perempuan ni pegi rumah bf dia kot... Konon2 study rasanya... tiba2 ada orang datang... bf perempuan ni tgh masak pasta so dia suruh perempuan ni bukak pintu... ada sorang budak lelaki pakai baju hujan warna biru  basah kuyup dia sebut "I'm Volunteer" 2x dan mintak sesuatu. Budak perempuan tu terangkan yang dia student dan x der duit... dan dia tutup pintu... lepas tu dia dan bf dia bukak tingkap dan tengok cuaca baik jer... siap ada bulan... tapi kenapa budak Coat biru tu basah kuyup macam hujan lebat sangat... dan dia segera pergi bukak pintu dan nampak kesan basah kat tempat budak tu berdiri...

5. Animal Odour
 Cerita ni mengisahkan seorang perempuan pergi ke rumah cousin nya... dan bau rumah mereka seperti bangkai binatang... aper yang terjadi????

6. Sleepy Head
Mengisahkan seorang pelajar (Pelajar lagi...) yang sering mengantuk di sekolah... walaupon dia selalu tido tapi dia still rasa penat... dan kawan nya memberitahu yang dia terdengar yang kawannya  tetidur di bench semalam.... dan merasakan benda ni pelik.... dan bertanya jika dia ada masalah sbb berperangai pelik begitu (Selalu tido) dan memberitahu bila dia tensen atau stress dia akan tidor bagi melarikan diri dari masalah... dan bertanya bagaimana hubungannya dengan ibu tirinya... budak sleepy head menjawab dia ok dan rapat dengan ibu tirinya.

Bila dia balik kerumah dia menyapa ibu tirinya yang sedang memasak... tetapi ibu tirinya buat tak tau dan dia menangis dan belari kebilik dan tidur... tiba2 dia terjaga apa bila dia dengar pintu dibuka dan dia turun kebawah dan dia lihat dirinya baru balik sekolah dan menyapa ibunya dan ibunya buat tak tau dan dia lari ke biliknya sebijik apa yang berlaku tadi... dan semasa dirinya yang ke 2 naik tiba2 pintu terbuka lagi dan diri nya yang ke 3 buat benda yang sama tetapi kali ni ibu tirinya menengur nya dan berkata "Selamat pulang, Kau memanggil aku ibu buat kali pertama" sambil memeluk perempuan itu dengan pisau dibelakang dan perempuan itu ditikam.... tiba2 dia terjaga dari tidur... dan perkara yang sama berulang semula...


7. Visitor
Saki seorang pelajar perempuan berubah sikap dan tidak hadir ke sekolah kerana demam selsama... apa jadi tgk la sendiri...

8. A Snapshot
Mengisahkan sekumpulan pelajar yang pergi Karaoke dan terjumpa seorang perempuan yang cantik tetapi berpakaian seperti dahulu... siapa perempuan tersebut????

9. The ghost of OHATSUTENJIN
Cerita ni haishhhh tgk sendiri la.... 18sx... huhu... hantu gataiiiiii.....

10. Greetings
Cerita ni pasal tall stories org2 jepun pasal fox or racoon yang boleh menyamar jadi orang....

11. The Music Box
Cerita ni pasal seorang tua, Mr. Hoshita yang membeli satu kotak music box antik... Music box ni bunyinya pelik kerana semasa bunyi music ada juga bunyi seperti suara seorang lelaki.... bunyi apakah itu???? Sila tonton ok....

12. House of Restless Spirits
Cerita ni memang detail... siap ada tarikh lagi... kisah sebuah rumah yang ada hantu....

13. 'Behind You'
Yang ni x reti aku cerita... korang tgk la sendiri....

Dalam banyak-banyak ni cerita yang best aku rasa Copy Machine, Visitor, The Music Box.... yang seram.. semua seram klu jadi kat diri sendiri... yer dak????

Dalam 5 bintang aku bagi 2 bintang...



2 comments:

RayRay's Mummy said...

uittt..cm seram je beb..

Ms. Wanniey said...

Try la tgk intan...

Post a Comment