Saturday, April 13, 2013

Review : Janji Si Bidadari aka Tragedi Salmah

Saper tgk Janji Si Bidadari???? Kepada sesiapa yang da tgk soalannya adalah : Acam best tak???? Korang rasa citer ni cam kes mana????



Kepada yang tak tgk ni ni aku ceritakan synopsis dia

"Cerita ni mengisahkan Jamil(aman graseka) seorang penjual (owner) kedai runcit di sebuah kampung. Jamil ada 2 orang anak Dina dan Yaya dan seorang isteri yang bernama Saleha (Sheril Merlis). Jamil terpaksa membayar kepada Ah long RM 1250 setiap hari or sebulan (x braper pasti) kerana menjadi garento hutang adiknya.  pada Satu hari Saleha dirogol dan Dina dan Yaya hilang tanpa dapat di kesan...

jamil meminta tolong orang kampung untuk mencari anaknya tetapi gagal dan meminta bantuan polis (ciko harapha) untuk mencari anak nya... semasa mencari anak nya dikawasan yang selalu anak-anaknya bermain polis berjumpa satu kawasan yang baru di gali dan pihak polis mengali kawasan tersebut dan berjumpa mayat anak2nya didalam tong ikan.

Setelah pihak polis jumpa mayat tersebut post mortem dilakukan dan polis terjumpa beberapa bukti dan juga suspek. Suspek utama adalah Bidin (Nazim Othman) seorang penjual ikan.  Saleha juga ditahan polis kerana terdapat beberapa helai rambut beliau ditangan anak tirinya (Dina). 

Semasa di soal siasat Saleha dan Bidin saling salah menyalahkan.  Akhirnya terbongkar semua rahsia.. Rupa2nya Saleha mempunyai hubungan sulit dengan Bidin.  Dan pada hari kejadian Saleha menyuruh Dina dan Yaya bermain di luar rumah kerana dia dan bidin ingin menjalankan Projek Usaha Sama (Ehem, Ehem) so budak dua orang ni main la dekat kolam berdekatan dengan rumah diorg ni... x semena2 si adik (Yaya) terjatuh kedalam kolam dan lemas...

Dina berlari kerumah dan meminta tolong kepada Saleha dan ternampak bidin didalam rumahnya.  Saleha, Bidin dan Dina berlari ke kolam untuk menyelamatkan Yaya tetapi bila sampai Yaya sudah tidak kelihatan... Saleha menyuruh Bidin terjun ke dalam kolam bagi menyelamatkan Yaya.  Tapi usahanya sia-sia kerana Yaya telah meninggal dunia.  Saleha menjadi marah dan mencekik Dina sehingga mati dan Bidin cuba menghalang tindakan ganas saleha itu. 

Akhirnya meninggal lah kedua-dua orang adik beradik itu dan mayat mereka disimpan didalam tong ikan kepunyaan Bidin dan ditanam.. Saleha menyuruh bidin lari dari kampung dan akan cuba sedaya upaya menyalahkan Jamil atas kematian kedua-dua orang anaknya (nak menyalahkan Ahlong) dan meminta cerai dan berjanji akan mencari bidin selepas semuanya selesai.

So kesimpulanya Pesalah adalah Saleha...

Ok korang rasa cerita pembunuhan ni berkait ngan cerita saper??? 1st yang terlintas kat aku kes Arwah Nurin Jaslin... tapi bukan yer kekawan... ni bukan kes Nurin tapi cerita ni diambil dari Kes yang berlaku pada tahun 1984 (aku x lahir lagi).. kes pembunuhan dua orang adik beradik seorang lelaki dan seorang perempuan.  Kes ini berlaku di Kampung Muhibah, Batu Pahat johor.


Mengikut kefahaman aku dan aper yang aku baca dua orang adik beradik ni bermain nyorok nyorok dan termasuk kedalam bilik Salmah iaitu Jiran mereka semasa Salmah ni dan Sam Ser sedang menjalankan Usaha sama Projek Juta Juta mereka... Dan apa lagi mengamuk la Salmah dan dia or Sam ser membunuh budak berdua ni dan mengikat mereka dan letak dlm tangki septik (bayangkan tangki septik orang kampung yer kekawan). Menurut apa yang aku baca Sam Ser dilepaskan... Salmah pulak memang x kena dakwa malah dia merupakan saksi utama.

Kalau nak tau lebih lanjut lagi baca la buku Tragedi Salmah... Klu korang jumpa buku ni roger2 aku sekali... berminat lak nak membacanya....

No comments:

Post a Comment