Tuesday, April 30, 2013

New Project : Stephen King Movie

Hallooooo....

Tetiba datang idea ni... Aku nak mencari klu boleh semua Movie yang di adaptasi dari Novel2 yang ditulis oleh Stephen King... Buat masa ni aku ada IT ngan Carrie jer... 2-2 cerita ni aku layannnnn.... Bila aku google-google mak aihhh panjang betul list nyer... Hurm.. harap2 dapat cari semua... doa2 kan yer... nanti boleh buat review tok cerita2 ni pulak....

Stephen King Movie
  1. Carrie
  2. The Shining
  3. Creepshow
  4. Cujo
  5. The Dead Zone
  6. Christine
  7. Children of the Corn
  8. Firestarter
  9. Cat's Eye
  10. Silver Bullet
  11. Maximum Overdrive
  12. Stand by Me
  13. Creepshow 2
  14. The Running Man
  15. Pet Semantary
  16. Tales from the Darkside : The Movie
  17. Graveyard Shift
  18. Misery
  19. Sleepwalkers
  20. Pet Semantary Two
  21. Children of the Corn II : The Final Sacrifice 
  22. The Dark Half
  23. Needful Things
  24. The Shawshank Redemption
  25. The Mangler
  26. Dolores Claiborne
  27. Children of the Corn III : Urban Harvest
  28. Sometimes They Come Back... Again
  29. Children of the Corn IV: The Gathering
  30. Thinner
  31. The Night Flier
  32. Children of the Corn V: Fields of Terror
  33. Apt Pupil
  34. Sometimes They Come Back.... For More
  35. The Rage : Carrie 2
  36. Children of the Corn 666 : Isaac's Return
  37. The Green Mile
  38. Hearts in Atlantis
  39. Children of the Corn : Revelation
  40. The Mangler 2
  41. Firestarter 2 : Rekindled
  42. Dreamcatcher
  43. Secret Window
  44. Riding the Bullet
  45. The Mangler Reborn
  46. Creepshow III
  47. 1408
  48. The Mist
  49. "No Smoking"
  50. Dolan's Cadillac
  51. Children of the Corn : Genesis
  52. Carrie
  53. Mercy
 Amek ko... panjang giler list... ada lagi 4... tapi x kuar lagi...so x yah list kan... aku bukan aper bila ada list kat sini senang sikit nak igt... yer la sejak da tua2 ni asyk lupa jer manjang... kuikuikui...

Ni baru movie... ada series pulak... tapi tu nanti2 jer la... Aku ni pulak klu movie layan aku nak cari novel... sbb klu movie best novel dia lagi gempak.... hehe...

Akhir kata aku selitkan gambor macho Stephen King untuk tatapan korang...

Monday, April 29, 2013

Review : Sembunyi ~Amukan Azazil~

Sebuah cerita seram oleh Filmscape yang dibintangi oleh Diana Daniella, Remy Ishak, Umi Aida...  Cerita ni berkisar di tahun 1945 semasa Malaya diserang oleh Jepun... Ayu... eh... ayu pulak.. tu cerita Magika... bukan2... Aisha(Diana Daniella) diculik oleh tentera Jepun untuk dijadikan dot.dot.dot... tetapi x sempat tentera jepun ditembak oleh tentera dan Aisha sempat melarikan diri dan masuk ke hutan dan pengsan...

Bila Aisha ni bangun dari pengsan dia nampak seorang perempuan cantik (Umi aida) yang memegang cawan dan menyuruhnya minum... tetapi akibat dari trauma dan tidak brapa ingat apa yang sebenarnya terjadi Aisha mengamuk dan cuba untuk menyelamatkan diri dari perempuan yang tidak dikenali... dan dia sempat mengambil tombak dan dihalakan tepat di leher Kamal (Remy Ishak) yang kebetulan masuk ke bilik tersebut... Aisha meminta dia dikembalikan ke tempat di mana Kamal menemuinya... Kerana dia takut kampung tersebut merupakan tempat Jepun kerana kampung itu aman dan tidak terjejas dengan peperangan langsung.

Kamal pon membawa Aisha ke tempat dimana Kamal jumpa Aisha, Aisha mula teringat serangan Jepun dan dia ternampak tulang2 ditempat itu dipercayai milik askar jepun... Kemudian Aisha berlari dan dia nampak kampungnya - abandon village gitu... ada satu pondok yang dah ditutupi pokok2 menjalar.... macam da lama giler terbiar la... dan dekat situ la dia baru ingat nama dia Aisha...

Semasa di bekas kampung Aisha mereka diserang oleh 3 orang lelaki... Rupa2nya lelaki2 tersebut orang kampung Kamal... Atan (Shahnaz Ahmad) dan rakan-rakannya.  Mereka marah Kamal membawa masuk orang luar (Aisha) ke kampung mereka dan mereka juga memandang rendah kepada Kamal dan mengatakan Kamal adalah seorang yang pengecut. Dan Atan mengarahkan Kamal membawa Aisha pulang ke rumah kerana hari sudah masuk magrib...

Dalam Scene yg lain pulak Aisha duduk di tangga di rumah didatangi Melur (Emelda Rosmila) dan Hanum (Sara Ali) mengajak Aisha berjalan-jalan dikampung... Pada mulanya Aisha tidak mahu dengan mengatakan dia tidak sihat tetapi dipaksa oleh Hanum... Hanum dan melur memperkenalkan kampung tersebut dan identify kan rumah2 yang ada kepada Aisha... dan Tiba2 Atan dan Salleh memanggil Melur dan Hanum... Rupa2nya Melur isteri kepada Atan... manakala Hanum Isteri kepada Salleh... dan menurut Melur kampung tersebut ada adat dalam memilih ketua kampung.. Walaupon Kamal anak kepada ketua kampung tetapi oleh kerana kamal masih belum berkahwin dia tidak layak menjadi ketua kampung... oleh sebab itu Atan menjadi ketua kampung sementara Kamal masih belum berkahwin.

Semasa perjalanan balik ke rumah Aisha ternampak Ibu Yani sedang menabur garam di keliling kampung dan tidak mengendahkan nya dan terus pulang ke rumah... semasa dia sedang menaiki tangga dia ternampak seorang budak perempuan di bawah rumah dan dia mengejar budak perempuan tersebut.... Start dari situ la bermula segalanya... Kampung tersebut di serang oleh mahluk yang orang kampung panggil iblis/Azazil... Malam itu Salleh dibunuh dan Hanum di culik oleh mahluk tersebut... Melur menjadi gila... dan kampung tersebut sudah tidak aman lagi.... Siapakah sebenarnya Azazil tersebut... Ke mana Hanum menghilang....

Ok la aku cerita sampai situ jer... nanti tak suspen pulak... apa pon cerita ni memang best... Aku suka jer tengok Diana Daniella bawak watak macam ni... Macam Ayu jugak watak dia... Lagi satu dia buat kita rasa cam ... Weh jgan weh... Jgn... Ikut je la cakap orang... Cam tu... bak kata orang Curiosity kill the cat kan...

Dan ending sangat mengujakan... twisted habis... sangat menarik.... Klu korang suka cerita The Village cerita ni lagi menarik dan masuk akal sikit... hehe... bagi aku la...

Dalam 5 bintang aku bagi 3 bintang...


x leh review lebih2... nanti terreveal semuanyer... kuikuikui

 

Unifi Scam

Kawan seofis aku minta aku post benda ni....

Minggu lepas, 26 April 2013 lebih kurang pukul 1-2 pm kawan aku dapat call dari no costumer service center Unifi (+1300888123) tapi konon 2 mesin call... tapi mesin ni mengikut kata kawan orang suara perempuan cina pelat cakap melayu x macam mesin2 yang biasa kita dgr tu kan... pelat dia melampau2 pulak tu mmg terang2 tau tu scam... suara tu cakap "Anda dimaklumkan terdapat tunggakan dengan UNIFI sebanyak RM3000, untuk penjelasan lanjut anda boleh bercakap dengan perunding kami, sila tekan nombor ...... (x ingat nombor baper)"


Kawan aku pon tekan la nombor tu.. sebab dia pelik UNIFI dia x pasang lagi tapi naper orang tu cakap yang dia ada hutang RM3000... Pas tu bila da sampai kat perunding dia boleh pulak perunding dia tanya sapa nama la... no handphone la... confirm2 diaorang yang call tapi diaorang pulak yang tanya kan... Pelik di situ... Lepas tu kawan aku terus cakap yang dia tak der Unifi dan terus letak....

Dan dalam masa yang sama orang yang lain tapi konon2 dari UNIFI (kali ni Lelaki India) call husband dia pulak... N cakap benda yang sama... tapi husband dia ni pulak boleh terbagi IC nombor... N orang konon2 dari Unifi ni cakap yang husband dia tinggal kat Puchong.... N husband dia marah2 la kan... sbb salah alamat... n kawan aku ni mmg ada submit borang nak masukkan UNIFI tp blom smpai2 lagi technician Unifi katanya da xder port.... baru nak bagi alamat yang betul terputus pulak... maybe sebab da kena marah ngan kawan aku nyer husband so da x reti nak menipu cam ner.... yer la tercall costumer yang tgh tunggu turn pasang UNIFI tp x berpasang2 lagi... tak silap aku macam dari last year jer... so mmg makan maki la orang socalled unifi tu... da jadi cam tu dia terus letak...

Kawan akunyer husband pon call kawan aku cerita benda tu... diaorg berdiscusi dan conclude benda ni scam... pe lagi terus call Unifi(1-300-888-123 - nombor ni diamek di website official TM - "Mobile customers can reach our Customer Service Centre at 1 300 888 123." )... tp x dapat sbb pelanggan dia jer boleh call... so terus gi TM yang berhampiran dan buat aduan n check account betul ker ada kat TM dan da jadi RM3000... Check2 mmg account kawan aku n husband da tak wujud... dan orang TM sarankan dia call semua bank untuk batalkan semua urusan takut2 orang tu boleh transfer duit kan... walaupon x nampak kat mana dia boleh transfer tapi buat la jugak dari hilang duit kan....

Aku suspect klu la kawan aku ni betul2 ada UNIFI mesti orang ni suh kawan aku bayar guna kad kredit dia... dari RM3000 tu maybe dia suh bayar separuh... Klu dapat RM500 pon da kira baik.... Kan???? So korang berhati2 lah yer... lagi2 yang ada kredit card... Apa2 pon klu diorg (mana2 customer service tak kira la TM ker  yang call korang better korang berhati2... atau klu boleh korang btau yg korang akan call dia balik... Klu dia bagi phone number korang amek jer la... tapi jgn call nombor tu... better google la... dan cari nombor yang betul... lagi baik korang amek nombor kat Official website diorg... K???

Tu jer untuk peringatan korang....

update: td org unifi konon2 ni call lagi... kali ni sy tolong jawab... mmg kelakar suara dia.. pelat sgt kot... pas tu kitorg gelak2 n terCakap la pulak "weh , x leh rekod eh???" pas tu tekan la no. 5 macam dia suruh... banyak kali gak... x boleh pon... pas tu putus... haha... mmg kelakar la... tipu org sampai 2 kali call....


Friday, April 26, 2013

Review : Kisaragi

Cerita ni cerita jepun.. Korang pernah tgk cerita Hana Kimi tachi e???? Yg jadi Sano tu Oguri Shun belakon...Cerita ni menarik... depan2 maybe slow sikit la korang rasa... standard citer jepun la kan... Cerita ni ada sorang jer aweks iaitu Kisaragi Miki la...

Cerita ni mengisahkan selepas setahun Miki mati... Peminat dia yang di lead kan oleh Guru (oguri shun) yang merupakan peminat utama Mika telah membuat satu majlis memperingati Mika.  Guru menjemput semua peminat dalam forum (lebihkurang la) yang terdiri dari
Yasuo - Seorang pemuda gemuk, bekerja diladang, dan sanggup datang dari jauh semata-mata menghadiri Majlis memperingati Miki
 Oda - Seorang yang pasif dan tegas
 Snake - Seorang lelaki yang muda dalam awal 20an... Kecoh... dan sangat aktif
StrawberryGirl - Walaupon nama dia girl dia adalah seorang Boy... Sangat pelik dan muka mintak dituduh sebagai penjahat..

Actually diorg ber5 tak puas ati polis mengklasifikasikan kematian Miki sebagai bunuh diri... dan mereka tertanya2 dalam banyak2 method bunuh diri kenapa Miki pilih membakar dirinya??? dan Miki dikenali sebagai seorang yang baik dan tidak suka menyusahkan orang lain... dgn membakar diri dia menyusahkan jiran tetangga kerana kebakaran tersebut merebak ke rumah jiran yang lain... dan mereka saling tuduh menuduh yang dalam diorang ber5 ada pembunuh Miki....

Satu-satu persoalan keluar... dan jawapan yang diterima... Terbongkar identiti masing2... Siapa yang bunuh Miki????

Nak tau????

Kena tgk....

Sebab jawapannya amatlah mengejutkan....

Dalam 5 bintang aku bagi cerita ni 3 Bintang.... sebab aku suka cara di reveal watak... paling best Kisaragi Miki ni la... tak tau muka dia cam na smpi la ending... Baru dia tunjuk... n suka tgk diorg menari ramai2 tu... Cute!!!!!!!!!!!

 

Wednesday, April 24, 2013

10sen 10sen

Hari tu jumpa x-boss kecik dia cakap aku da gumok!!!!!! dia kata hari tu elok sy tengok da kurus... sekarang gemok balik???? Ok Fine...

Hari ahad aku iron baju tok hari isnin... yer la aku kuar umah awal2 pagi... lepas subuh da kuar... x der masa nak iron2 pagi kan... So pakai baju oren.... N.. Ble pakai pagi isnin... mak aiiiii ketat, sendat, melekat... nampak sgt betul la tu aku da gemok.....

Hari ni pulak baju kurung purple aku mengecut... giler r... 2 hari gi keje pakai baju ketat... macam org giler da... x pon da nmpk mcm baju pinjam... Isk... macam mana nak kurus ni???? Badan aku tak stable... kejap kurus kejap gemuk....

Ada gak yang order Aura Slim gak ni.... ehem.... betul2 boleh slim ker?????


Tuesday, April 16, 2013

Tsunami - Makanan...

Haha... tajuk tak agak2.... Tsunami makanan gitu... aku actually nak letak title dia Tsunami - Order Makanan.... Sbb Isu Order makanan tapi macam si Tsunami lak yg order makanan... So TUKAR...

Isu hot kat opis aku semalam... Pihak korporat suh kitorg buat
1. Borang Order Makanan di kepil sekali dengan Surat Panggilan Mesyuarat - DONE (mmg biasa pon cam ni...
2. Order makanan Cukup2 - DONE (aku order makanan mengikut bilangan orang yang wajib hadir di assist oleh Tuan pemanggil Meeting)
3. Sertakan nama pegawai yang HADIR ke mesyuarat setiap kali habis meeting (Senarai Semak Kehadiran) - Done (blh buat sebab memang wujud pon senarai semak ni)
4. Caterer hanya boleh claim jumlah makanan mengikut kehadiran... CTH : Mesyuarat panggil 15 orang... Order makan 15 orang... tapi yang datang 12 Orang... Company hanya akan luluskan pembayaran untuk 12 Orang Sahaja...

So problemnye ada di subject no.4.... Klu mengikut contoh di atas siapa yang nak bayar makanan untuk 3 orang lagi???  - Org yang panggil meetingkah??? Orang yang buat order kah??? Giler tak??? Klu aku jadi Caterer aku tak amek da order makanan meeting tok company aku ni... Giler... Bkn salah caterer pon... dah orang order 15 supply 15 la kan... Lain la klu org order 15makanan ko supply 20 makanan pas tu paksa2 ubah borang Order kan....

Lagi satu kitorg yang buat order ni pon x teringin la nak makan makanan meeting... stop blaming on us yang buat order... Kitorg x order lebih ok... Order cukup2 jer.... dan mengikut arahan.... klu makanan lebih bukan salah kitorg... Cuba korang check brapa orang yg x datang meeting tu... X pon check mana tau pegawai yang buat meeting tu yg nak makan lebih.... hehe... which is not mustahil.... kuikuikui... Sila jgn terasa... Sbbnye Orang2 macam aku yang slalu kena place the order ni mengikut arahan dan bukan suka suki jer... dan kat setiap Surat Panggilan dah state braper orang yang perlu hadir... so ikut tu jer n double confirm ngan pegawai yg in charge lagi... So masalah nye dimana????

Ada jugak boss yang complaint order lain sampai lain which is not salah pada yang place order tapi salah pada Caterer... aku ada gak kenal caterer cam ni.... Ko order nasi lemak dia hantar Bihun dengan alasan orang order bihun lagi ramai dari yang order nasi lemak... Kuang ajar kan.... Pas tu ko order tok 5 orang n dia datang jumpa ko n suruh betulkan borang order n dia kata 10 orang (which is dia mmg supply tok 5 orang nyer makanan so nak untung atas angin la tu... nampak sgt penipunya)... dan ada jugak yang ko order makanan secara bufet pas tu caterer datang depan ko elok jer senduk2 nasi la ... amek daging salai la... kuah lah... n set makanan tu tok bagi kat kawan dia.... Tapi aku pelik cam ner caterer ni boleh bertahan... Masalah nyer bukan dengan aku jer... ramai lagi dia buat cam ni.... Dasar kawan2 Ke????? Isk.... Nasib ko la wahai Caterer... Menjawab lah disana nanti... Imej ko tak mencerminkan Sifat ko.... Lain gilerrrrrrrrr... Macam langit dan bumi....

Chow

Monday, April 15, 2013

Program Hujung Minggu

Bosan2 ngan tak der air kat umah aku pon buat keputusan tok keluar cuci-cuci mata... Keluar ngan sapa??? Iollsss is alone ok... Yer r Mrs. Shah tgh berpantang... Ms. Ieja gi USS... aku terperap jer kat umah ngan tak der air is tak tahan... Sorang pon sorang la... N kebetulan Ada PC Fair... So pe lagi gi Cari External Hard disk la kan....

Apa yang aku tak suka pasal keluar sorang ni adalah aku tak reti nak memilih... Jenama ni ok tak... Ker yang lagi satu tu yang ok??? x blh membuat keputusan... Contohnya External jenama apa tah... 2tb = RM 288 tapi aku beli Transcend 1 tb = RM255... Sebabnya aku da tau quality Transcend cam ner... yang jenama lagi satu tu sumpah aku tak tau...

N memang hari tu hari yang baik tuk aku... apa aku cari semua aku dapat... Finally aku da beli Novel IT...

tapi x sempat nak baca lagi sbb aku tgh layan buku ni....

 Time aku jejalan aku terjumpa lak buku2 ni... tapi x beli pon....

So tu jer program aku di Hujung minggu... Korang cam ner lak???

PS: Sorri gambo senget... aku da try rotate asyk tak boleh je... Harap maaf la yer...

Saturday, April 13, 2013

Review : Janji Si Bidadari aka Tragedi Salmah

Saper tgk Janji Si Bidadari???? Kepada sesiapa yang da tgk soalannya adalah : Acam best tak???? Korang rasa citer ni cam kes mana????



Kepada yang tak tgk ni ni aku ceritakan synopsis dia

"Cerita ni mengisahkan Jamil(aman graseka) seorang penjual (owner) kedai runcit di sebuah kampung. Jamil ada 2 orang anak Dina dan Yaya dan seorang isteri yang bernama Saleha (Sheril Merlis). Jamil terpaksa membayar kepada Ah long RM 1250 setiap hari or sebulan (x braper pasti) kerana menjadi garento hutang adiknya.  pada Satu hari Saleha dirogol dan Dina dan Yaya hilang tanpa dapat di kesan...

jamil meminta tolong orang kampung untuk mencari anaknya tetapi gagal dan meminta bantuan polis (ciko harapha) untuk mencari anak nya... semasa mencari anak nya dikawasan yang selalu anak-anaknya bermain polis berjumpa satu kawasan yang baru di gali dan pihak polis mengali kawasan tersebut dan berjumpa mayat anak2nya didalam tong ikan.

Setelah pihak polis jumpa mayat tersebut post mortem dilakukan dan polis terjumpa beberapa bukti dan juga suspek. Suspek utama adalah Bidin (Nazim Othman) seorang penjual ikan.  Saleha juga ditahan polis kerana terdapat beberapa helai rambut beliau ditangan anak tirinya (Dina). 

Semasa di soal siasat Saleha dan Bidin saling salah menyalahkan.  Akhirnya terbongkar semua rahsia.. Rupa2nya Saleha mempunyai hubungan sulit dengan Bidin.  Dan pada hari kejadian Saleha menyuruh Dina dan Yaya bermain di luar rumah kerana dia dan bidin ingin menjalankan Projek Usaha Sama (Ehem, Ehem) so budak dua orang ni main la dekat kolam berdekatan dengan rumah diorg ni... x semena2 si adik (Yaya) terjatuh kedalam kolam dan lemas...

Dina berlari kerumah dan meminta tolong kepada Saleha dan ternampak bidin didalam rumahnya.  Saleha, Bidin dan Dina berlari ke kolam untuk menyelamatkan Yaya tetapi bila sampai Yaya sudah tidak kelihatan... Saleha menyuruh Bidin terjun ke dalam kolam bagi menyelamatkan Yaya.  Tapi usahanya sia-sia kerana Yaya telah meninggal dunia.  Saleha menjadi marah dan mencekik Dina sehingga mati dan Bidin cuba menghalang tindakan ganas saleha itu. 

Akhirnya meninggal lah kedua-dua orang adik beradik itu dan mayat mereka disimpan didalam tong ikan kepunyaan Bidin dan ditanam.. Saleha menyuruh bidin lari dari kampung dan akan cuba sedaya upaya menyalahkan Jamil atas kematian kedua-dua orang anaknya (nak menyalahkan Ahlong) dan meminta cerai dan berjanji akan mencari bidin selepas semuanya selesai.

So kesimpulanya Pesalah adalah Saleha...

Ok korang rasa cerita pembunuhan ni berkait ngan cerita saper??? 1st yang terlintas kat aku kes Arwah Nurin Jaslin... tapi bukan yer kekawan... ni bukan kes Nurin tapi cerita ni diambil dari Kes yang berlaku pada tahun 1984 (aku x lahir lagi).. kes pembunuhan dua orang adik beradik seorang lelaki dan seorang perempuan.  Kes ini berlaku di Kampung Muhibah, Batu Pahat johor.


Mengikut kefahaman aku dan aper yang aku baca dua orang adik beradik ni bermain nyorok nyorok dan termasuk kedalam bilik Salmah iaitu Jiran mereka semasa Salmah ni dan Sam Ser sedang menjalankan Usaha sama Projek Juta Juta mereka... Dan apa lagi mengamuk la Salmah dan dia or Sam ser membunuh budak berdua ni dan mengikat mereka dan letak dlm tangki septik (bayangkan tangki septik orang kampung yer kekawan). Menurut apa yang aku baca Sam Ser dilepaskan... Salmah pulak memang x kena dakwa malah dia merupakan saksi utama.

Kalau nak tau lebih lanjut lagi baca la buku Tragedi Salmah... Klu korang jumpa buku ni roger2 aku sekali... berminat lak nak membacanya....

Friday, April 12, 2013

Review : Scared (Thai - 18 SG)

Scared or Rab Nong Sayong Kwan merupakan cerita Seram Ganas dari Thailand... Cerita ni di arahkan oleh Pakphum Wonjind.  Cerita ni mengisahkan sekumpulan Freshies yang baru masuk ke sebuah collage dan mereka di ragging dan dipaksa untuk mengikuti satu xpdc ke hutan.

Semasa sampai di pintu masuk ke hutan tersebut mereka dihalang oleh pegawal atau ranger hutan kerana time tu musim hujan dan takut mereka terbabas or ter slip... Tetapi alasan itu tidak diterima oleh Ketua Senior (Yang meragging mereka) dan semasa berhenti makan seorang lelaki muda dan berpakaian kusut masai ingin menumpang mereka pergi ke hutan.. Mereka memberitahu lelaki muda tersebut yang Ranger Hutan tidak membenarkan mereka masuk ke hutan dan lelaki tersebut memberitahu Ketua Senior tersebut yang beliau tahu cara lain untuk masuk kehutan iaitu menggunakan jalan lama...

Jalan lama tersebut sungguh usang dan nampak macam da lama orang tak jalan di situ... berhampiran pintu masuk jalan tersebut ada sebuah pagar pelik... Lelaki muda itu memberitahu sesiapa yang ingin masuk kehutan perlu lalu di pagar tersebut untuk meminta restu hantu hutan tersebut... Tetapi mereka tidak bebuat begitu dan meneruskan perjalanan melalui sebuah jambatan usang yang tinggi...

Semasa perjalanan tersebut bas mereka accident kerana jambatan itu patah... 1st yang mati adalah pemandu... Serpihan kayu jambatan tercocok di muka beliau... Dan beberapa pelajar mati dan tercedera... mereka yang terselamat cuba mencari jalan keluar.... and after that sorang2 mati kena bunuh... dan pembunuhnya misteri.....

Dalam 5 bintang aku bagi 0 bintang... sbb bagi aku cerita ni boring siotttt.... awal2 jer aku layan.... huhu...

Thursday, April 11, 2013

Kursus Yang Menarik!!!!!!!!!

Hari ni aku tak masuk opis sbb aku ada course... Course yang agak menarik... Tapi keadaan opis aku lagi menarik hari ni... Satu building tutup sbb ada problem electrical... perghhh semua dapat cuti tanpa rekod... Jelez aku... tapi x per... Ilmu aku dapat hari ni pon amat menarik....

2 benda menarik aku belajar hari ni... 1 merasa energy.... memang dapat rasa weh... terpegun aku... rasa dia cam benda menarik2 tangan... macam ko pegang 2 magnet pas tu ko letak kat medan magnet yang sama... contoh - - mesti dia menolak kan... lebih kurang cam tu lah rasanyer..

Yang ke 2 Numerology.... Aku da tau nombor aku apa... and aku da buat kat 2 or 3 kursus... benda sama.. tapi yang kali ni dia bgtau betul2 semua tepat pasal aku... cam kenal jer... dia kata Aku klu bawak kereta Slow jer... TEPAT.... pas tu klu aku kuar gi keje mesti pagi giler... TEPAT... pas tu dia tanya aku dah kawen ke belum... Aku cakap la belum... dia kata memang la klu da aku terus gantung lesen... aku bawa kereta sebab terpaksa.... TEPAT!!!!!!!!!!!!

Dan dia nasihat aku supaya meluahkan perasaan... Klu SUKA cakap SUKA... Klu tak SUKA cakap TAK SUKA... dia kata klu aku pendam2 aku berisiko kena Thyroid ngan Breast Cancer... seram ooooooo.... So aku kena lebih meluah rasa... x leh pendam2...

N dia kata Lidah aku sensitif... Klu satu makanan tu sedap memang boleh dipercayai... so recommendation aku kat makanan haruslah korang ikut... cheh... tapi ni mmg slalu aku dgr... Kwn aku slalu cakap klu aku kata makanan tu sedap memang sedap la....

Dan aku ni klu kurus akan jadi kurus sangat (time sebelum aku masuk poli aku mmg kurus giler.. cam tengkorak pon ada) dan klu gemuk akan jadi gemuk sangat... aku ni x der sedang2... huhu... harus berdiet ini...

Apa pon memang menarik la kursus ni... harap2 aku dapat join kursus Numerology... Boss sila hantar saya gi kursus Numerology (walaupon x der kaitan ngan kerjaya aku)

Wednesday, April 10, 2013

Memang Perihatin

Semalam time aku balik kerja, keluar je dari parking jamm teruk... aku da pelik da pe hal la jam giler2 hari ni... sampai lenguh2 la kaki aku... siap aku rasa cam lama giler aku tarik la hand break... lepak2 kat tepi tu... x jauh dari opis aku lebih kurang 19minit...

Jalan slow giler... polis trafik ada di mana2 jer... aku pelik... Pa hal????? road block ker??? cam x mungkin jer... Aku pon ikut je la kereta depan... jalan slow2... tetiba dgr announcement pasal traffic dlm radio Hot.FM kata Jalan Jamm teruk dari Jalan Pahang menghala ke Genting Klang kerana ada bas terbalik....

Aku da macam WTF.... Fikir2 mana jalan aku nak lalu... Genting klang ker Gombak... Accident tu kat mana??? Isk... Time bawak kete tu terfikir2 lorong mana dia accident... nanti aku kena mengelak ke apa... biasa la x pernah experience lagi... 1st time nak lalu tmpt accident...

Jam teruk sampai la dkt dgn dpn balai polis setapak... Pas tu aku ternampak... Laaaa tu dia bas yang terbalik... Hushhh teruk gak... cam ner driver dia.... Bas kosong ker????? N aku trus terpikir lagi... Laaaa xcident kat lorong sebelah dari susur gombak ke Jalan Pahang... Tapi yang Jamm teruk ni dari jalan pahang menghala ker Genting Klang/gombak....

Betul la kata Harith Iskandar dalam Lawak Ke Der... Rakyat kita memang perihatin....

Huhu....

Lepas jer dari kawasan tu... Jalan lancar se lancar2nyer... tapi sayang parking da tak der... kena gak la aku keluar jalan2 dulu... dalam 10 minit baru ada parking balik.... harap2 esok jalan clear la... x sanggup aku nak balik keje pon amek masa sejam... biasa 15 minit aku da sampai rumah.... huhu....

Tuesday, April 9, 2013

Review : 3 AM

3 AM adalah cerita dari Thailand... berkonsepkan short stories... lebih kurang cam 4bias ngan 4bias2... Aku layan cerita ni cam biasa la kat youtube... ada subtitle so boleh paham...

Dalam persamaan ketiga2 cerita ni adalah masa... 3 AM atau dalam bahasa ibunda aku dipanggil 3 pagi... Dikatakan bahawa pukul 3 pagi ni la masa dimana mahluk2 halus aka hantu ni kuat... dan boleh dirasai kehadiran mereka... so beware bagi mereka yg selalu tido lambat or terjaga bila jam kul 3 pagi... kuikuikui...

Cerita ni dari 3 pengarah yang berbeza... Jalan cerita jugak berbeza... so aku cerita mengikut short stories tu pnya cerita ok...

1. Title : The Wig
  Pengarah : Patchanon Thumjira



Mengisahkan dua adik beradik (Perempuan) yang tinggal bersama ibubapa mereka dan ditinggalkan berdua semasa tahun baru kerana ibu bapa mereka pergi bercuti... Si Adik , May membantu parents mereka menjaga, membantu menguruskan dan membuat rambut palsu manakala si kakak, Mint hanya menghabiskan duit..

Ada conflict di antara 2 beradik ini... mereka saling iri hati antara satu sama lain... Di mata Mint adik nya merupakan anak kesayang ibu dan bapanya... Manakala di mata May, Mint la merupakan anak kesayangan kerana semua barang-barang lama Mint yang Mint da tak nak yang May dapat... Kisah seram terjadi pada malam tahun baru... Ketika kawan-kawan Mint datang untuk menyambut new year di rumah kedai mereka...Kawan-kawan Mint membuat bising dan buat main rambut palsu menyebabkan May marah... Semasa bertengkar kedua beradik ini meluahkan perasaan tidak puas hati masing-masing Mint menyuruh Lin (Kawan Mint ala2 2 alam) menyimpan kembali rambut palsu tersebut dan start dari situ la perkara seram bermula... Mula-mula mereka jumpa kepala Lin di rak display rambut palsu... Kemudian seorang demi seorang dibunuh... semuanya kerana Hantu tersebut marah kepada May membuat rambut palsu dari rambutnya yang dicuri... typical untuk cerita Rambut Palsu...

2. Title : The Corpse Bride
Pengarah : Kirati Nak-Intanon


Mengisahkan seorang lelaki yang mengambil tugasan menjaga 2 mayat pengantin yang sepatutnya akan berkahwin lagi seminggu.  Tugasan diambil kerana gaji yang amat lumayan dan kerja yang senang... Pengantin Perempuan tersebut merupakan seorang yang cantik rupawan... Lelaki tersebut tidak mengikut arahan yang diberikan kepadanya dan menceroboh masuk ke bilik pengantin tersebut dan terjumpa video mengenai kisah sadis pengantin tersebut... Kenapa pengantin perempuan di ikat (dera) sebegitu???? Apa yang sebenarnya terjadi.... Benarkah apa yang anda lihat???? Adakah itu benar2 kisah yang terjadi???? Tengok la sendiri...

3. Title : OT
Pengarah :  Isara Nadee
Cerita ni mengisahkan 2 orang sahabat (Owner syarikat) dan kawan baiknya suka membuat Prank kepada pekerja-pekerja syarikatnya yang suka berkerja lewat malam dan buat OT tetapi tidak datang kerja pada sebelah siang kira nyer saja2 tak siapkan keje tapi buat OT untuk dapat duit lebih... Cerita ni cerita yang paling best dan menarik dalam ketiga2 cerita dlm 3AM ni.... Korang mesti tertanya2 siapa hantu yang sebenarnya???? cerita ni mmg twist ending... best giler... mesti tonton....


Klu free2 layan la cerita ni K???

Dalam 5 Bintang aku bagi 3 Bintang....
 

Sunday, April 7, 2013

Review : 13 Real Asian Horror Stories


 Aku tgk cerita ni hari jumaat lepas... downlod kat Youtube... hehe...  Kali ni downlod tak tengok comment...


Cerita ni cerita jepun... ada subtitle so korang mesti la dapat paham cerita... so bahasa tak der masalah... Movie ni ada 13 short stories... betul2 short ok...  kekadang tu sampai korg rasa curious... aper jadi ngan dia??? Mati ker??? Hidup ker???? Tapi nak buat cam ner cerita ni 1 jam 16 minit so bayangkan la 13 cerita dlm masa 1 jam 16 minit... tak sekejap jer tu satu cerita...  cincai kira satu cerita 5 minit...

Paling aku suka intro cerita ni... siap ada gambar2 yang tersnap gambar hantu... yang aku paling suka gambar ni.... seram x????





1. Only two of us
Mengisahkan seorang kanak2 yang baru kematian ibunya selalu takut untuk bersendirian... Sebab dia nampak orang hitam???? saper orang hitam tersebut????

2. Three People Are Coming
 Mengisahkan seorang pelajar yang nak balik kerumah dan menaiki lif...tiba2 lif tersebut rosak dan dia menekan butang kecemasan dan meminta pertolongan.. tapi dia hanya dapat mendengar suara lelaki (seram) menyebut "tiga orang akan datang" (in japan of coz)... Selepas itu budak perempuan tu di cekik... dan terlepas... selepas itu dia di cekik sekali lagi dan terlepas... selepas dia mensyaki apa maksud "3 orang akan datang" dia jadi takut dan tiba2 lif tersebut ok kembali.... adakah yang ke3 akan datang????

3. Copy Machine
 Dua orang pelajar perempuan sedang menyiapkan kad/poster bagi menyambut hari graduasi mereka...dan mereka tertanya-tanya mengapa kawan baik mereka, Shiiko tidak hadir ke sekolah kerana Shiiko tidak pernah ponteng sekolah dan merupakan pelajar yang pintar.  Apabila salah seorang dari 2 pelajar ini melihat gambar yang telah di photostat untuk ditampal kan ke poster rosak di curious why hanya gambar Shiiko yang rosak (muka shiiko terpadam), Mereka berfikiran positif dan berfikir mungkin mesin tersebut rosak dan cuba lagi sekali... Usaha mereka gagal kerana muka shiiko masih lagi terpadam dan tiba-tiba mesin photostat tersebut bergerak sendiri dan hasil printing menunjukkan bagaimana shiiko DIBUNUH....

4. Blue Rain Coat
Cerita ni aku tak faham sangat... Ada sorang perempuan ni pegi rumah bf dia kot... Konon2 study rasanya... tiba2 ada orang datang... bf perempuan ni tgh masak pasta so dia suruh perempuan ni bukak pintu... ada sorang budak lelaki pakai baju hujan warna biru  basah kuyup dia sebut "I'm Volunteer" 2x dan mintak sesuatu. Budak perempuan tu terangkan yang dia student dan x der duit... dan dia tutup pintu... lepas tu dia dan bf dia bukak tingkap dan tengok cuaca baik jer... siap ada bulan... tapi kenapa budak Coat biru tu basah kuyup macam hujan lebat sangat... dan dia segera pergi bukak pintu dan nampak kesan basah kat tempat budak tu berdiri...

5. Animal Odour
 Cerita ni mengisahkan seorang perempuan pergi ke rumah cousin nya... dan bau rumah mereka seperti bangkai binatang... aper yang terjadi????

6. Sleepy Head
Mengisahkan seorang pelajar (Pelajar lagi...) yang sering mengantuk di sekolah... walaupon dia selalu tido tapi dia still rasa penat... dan kawan nya memberitahu yang dia terdengar yang kawannya  tetidur di bench semalam.... dan merasakan benda ni pelik.... dan bertanya jika dia ada masalah sbb berperangai pelik begitu (Selalu tido) dan memberitahu bila dia tensen atau stress dia akan tidor bagi melarikan diri dari masalah... dan bertanya bagaimana hubungannya dengan ibu tirinya... budak sleepy head menjawab dia ok dan rapat dengan ibu tirinya.

Bila dia balik kerumah dia menyapa ibu tirinya yang sedang memasak... tetapi ibu tirinya buat tak tau dan dia menangis dan belari kebilik dan tidur... tiba2 dia terjaga apa bila dia dengar pintu dibuka dan dia turun kebawah dan dia lihat dirinya baru balik sekolah dan menyapa ibunya dan ibunya buat tak tau dan dia lari ke biliknya sebijik apa yang berlaku tadi... dan semasa dirinya yang ke 2 naik tiba2 pintu terbuka lagi dan diri nya yang ke 3 buat benda yang sama tetapi kali ni ibu tirinya menengur nya dan berkata "Selamat pulang, Kau memanggil aku ibu buat kali pertama" sambil memeluk perempuan itu dengan pisau dibelakang dan perempuan itu ditikam.... tiba2 dia terjaga dari tidur... dan perkara yang sama berulang semula...


7. Visitor
Saki seorang pelajar perempuan berubah sikap dan tidak hadir ke sekolah kerana demam selsama... apa jadi tgk la sendiri...

8. A Snapshot
Mengisahkan sekumpulan pelajar yang pergi Karaoke dan terjumpa seorang perempuan yang cantik tetapi berpakaian seperti dahulu... siapa perempuan tersebut????

9. The ghost of OHATSUTENJIN
Cerita ni haishhhh tgk sendiri la.... 18sx... huhu... hantu gataiiiiii.....

10. Greetings
Cerita ni pasal tall stories org2 jepun pasal fox or racoon yang boleh menyamar jadi orang....

11. The Music Box
Cerita ni pasal seorang tua, Mr. Hoshita yang membeli satu kotak music box antik... Music box ni bunyinya pelik kerana semasa bunyi music ada juga bunyi seperti suara seorang lelaki.... bunyi apakah itu???? Sila tonton ok....

12. House of Restless Spirits
Cerita ni memang detail... siap ada tarikh lagi... kisah sebuah rumah yang ada hantu....

13. 'Behind You'
Yang ni x reti aku cerita... korang tgk la sendiri....

Dalam banyak-banyak ni cerita yang best aku rasa Copy Machine, Visitor, The Music Box.... yang seram.. semua seram klu jadi kat diri sendiri... yer dak????

Dalam 5 bintang aku bagi 2 bintang...