Friday, January 28, 2011
Gemilang
Posted by
Ms. Wanniey
at
7:52 AM
Korang tengok tak cerita Gemilang ni hari isnin hari tu??? Aku tengok... best cerita dia... ibu aku siap nangis2 lagi la... aku pon actually sedih smpi nak nangis... tapi tahan jer... nanti kena gelak la pulak kan... tapi congrats la cerita ni betul2 buat aku sebak nak nangis.... menarik cerita ni.... Actually aku tak tau siapa yang direct cerita ni... ble terbaca paper semalam ker bila tah rupanyer citer Kabir Bakhtia.... patut la best.... dia ni antara pengarah yang aku suka la selain dari Arwah Yasmin Ahmad dan Shahrul Ezad....
Cerita gemilang ni berkisar di tahun 70-an ke 80an la (setakat episode 1).... citer pasal Saifullah (Shah Jaszle) yang dibesarkan oleh kedua ibu bapa nya (Dira ngan saper tah pelakon lelaki tu... ) Ayah ngan ibu dia penoreh getah tapi hidup diaorang happy dan ceria... (klu sekarang getah tgh naik mesti kaya ni... hihi...) Ibu diorang ni pregnant... da sarat da... still lah lagi gi menoreh getah.... dan budak2 ni baik2 belaka... membantu ibu ngan ayah diorang.... Ibu aku cakap bdak2 zaman dulu memang cam tu....
Cerita sedih diorang ni bermula bila ibu diorang meninggal semasa bersalin.... So ayah diorang ni rasa cam x leh besarkan anak2 diorang kot... atau rasa macam anak dia tak kan dapat membesar dengan sempura... so dia bagi semua anak dia dekat orang lain.... si saifullah ni dia bagi kat Cikgu (Dato’ Jalaludin Hassan)... Saifullah ni ikut cikgu ni pon pasal ayah dia meninggal pasal aper dia tak mention pon tapi klu ikut pemahaman aku dia meninggal pasal langgar lari.... ayah dia naik basikal... tu pon sebab ada flashback... Saifullah di tengok basikal budak yang kena langgar lari tu trus flashback kat Cikgu tu bagitau dia yang ayah dia meninggal....
So dia pon ikut la cikgu tu... kat situ dia kenal Asmah sbb asmah anak sedara cikgu... tapi pelik aku budak asmah tu tiba2 baling something kat Saifullah masa first time saifullah sampai rumah cikgu tu... atas alasan dia tak suka Saifullah tu... hihi... aku ckp kat ibu aku gatal sungguh bdk zaman dulu... tu taktik nak ngorat la tu... :P Jahat x aku.... berfikiran negative....
Tapi apa2 hal pon citer ni mmg best... x sabar2 aku nak tengok... time hari selasa hari tu (cerita Hani) ibu aku yang sibuk kat dapur tu tanya citer gemilang ker???? aku kata x... citer Hani... terus dia sambung keje dia kat dapur....
So kesimpulannya ibu aku pon x sabo2 nak tengok sambungan citer Gemilang ni... aku rasa cerita ni mesti meletop gak macam citer Nur Kasih!!!!!
Labels:
TV series/movie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment