Wednesday, December 15, 2010

Barang hilang pergi mana eh???

Korang pernah terfikir tak barang-barang yang hilang tu pergi mana??? Mesti dalam pikiran korang mesti la ada dekat pencuri yang curi barang korang tu kan??? klu Orang yang hilang mesti la dia dikurung oleh penculik kan???

Aku selalu terfikir kenapa barang yang aku nak guna selalu hilang aka tak jumpa.... merata aku cari... kadang-kadang tu kawan-kawan or family pon tolong cari sekali.... tapi mesti tak jumpa... yang pelik nyer lepas tu kita akan jumpa balik barang-barang tu elok jer terletak dalam bekas/almari/etc yang kita pernah cari dulu....

Banyak jugak barang-barang aku yang hilang contohnya novel angel - Not Forgotten, Cleanser (da nak abis), Tudung pink yang baru jer aku bli, tudung putih yang belum sampai kat umah da ilang, dan banyak lagi la....

dan banyak jugak barang yang hilang aku jumpa balik... orang kata misplace... tapi entah aku slalu jumpa barang 2 tu kat tempat yang aku da cari banyak kali tapi tak jumpa-jumpa gak... pelik kan??? ko cari kat cni da lima enam kali.... tiba-tiba barang tu mmg ada jer kat ctu... kadang-kadang tu barang yang hilang 3-4 thn lepas aku jumpa balik kat tempat yang tak logik... bak kata ibu aku " Bila nak guna hilang... klu tak nak guna ada jer..." erm.. mesti korang pon fikir cm tu gak kan???

Korang pernah tak baca novel A Place Called Here... Author dia Cecelia Ahern.... ala... No.1 bestselling author of PS, I love You.... Nangis2 aku baca buku PS, I love You... huhu....


Buku ni mengisahkan seorang perempuan bernama Sandy Shortt (wpn nama dia Sandy Shortt tp dia tak short... dia tinggi giler... ) yang obsess mencari barang-barang/ orang yang hilang... Dia jadi macam ni lepas kawan (Musuh sejati) dia Jenny- May Butler hilang... semenjak hari tu dia akan cuba mencari sedaya upaya apa2 barang dia yang hilang hatta stocking sekalipon....

Selepas dia dewasa dia membuka agensi mencari orang hilang... Satu hari dia mendapat panggilan dari seorang lelaki Jack Ruttle yang mencari adiknya, Donal yang hilang... dalam misi mencari Donal Sandy Shortt telah hilang!!!!!

Sandy Shortt akhirnya menjumpai dimana kah tempat barang-barang hilang.... dan tempat tu bernama Here.... semua barang-barang dan orang yang dia cari tu ada di HERE kecuali Jenny-May dan Donal... Adakah Sandy Shortt berjaya membawa orang-orang hilang tersebut berjumpa dengan family yang telah lama mencari mereka???? dan Adakah sandy berjaya kembali ke dunia nyata????

Korang baca la sendiri... di sebabkan novel tu la aku rasa semua barang-barang aku yang hilang tu ada di here... so kuranglah kemarahan aku tu... yer la dapat juga la orang2 kat here tu guna barang-barang aku yang hilang tu... kesian kat diorg bukannyer ada kedai kat cna!!!!!

No comments:

Post a Comment