Saturday, July 31, 2010

Mrs. Field Chocolate Chips Cookies


Raya da dekat... semua orang sibuk-sibuk jual kuih raya... aku pon nk gak sibuk menyebuk kan diri... tp bukan nak jual.. just nak buat... Sbnrnyer da lama aku rasa nak buat cookies.. cuma masa tak mengizinkan (yer r... weekend jer nak kuar... mana nak ada masa... dush!!!)... Aku ada la tertengok n3 kat Pink Stilettos - Mrs. Field Chocolate Chip Cookies... senang jer cara nak buatnyer.. so aku pon pegi la membeli ingredient nyer..

1 cup butter (aku guna 250gm butter - x jumper buttercup so aku main tibai jer)

Bersamaan 1 cup butter
1 cup sugar ( lain x aku akan kurangkan jd 1/2 cup sugar)
1 cup Brown Sugar ( kurangkan jd 1/2 sugar)
2 cups Flour
2 eggs ( Kuning sahaja!!!!)
2 1/2 cups Oatmeal (di blander eh)
1 teaspoon vanilla
1 teaspoon Baking powder
1 teaspoon Baking soda
1/2 teaspoon salt
12oz Chocolate Chips

Cara-cara membuatnya
  1. Mixkan Butter, sugar, brown sugar, Egg yolk, ngan vanilla sampai jadi cream (aku x guna mixer... just kacau smpai kembang... gini ler rupernyer...
  2. Dalam bekas yang lain mixkan Flour, Oatmeal yang telah di blander, baking powder, baking soda dan salt... biar dia sebati.
  3. Campurkan campuran tepung tadi dlm bekas yang ada butter, sugar tersebut hingga sebati.
  4. Campurkan Chocolate chips dan gaul hingga sebati
  5. Masak dlm oven - 190darjah Celsius lebih kurang 8 minit (atau sehingga kelihatan masak)

Aku punya cookies rasa dia not bad... sedap la... cuma bagi aku manis sangat... sbb tu aku akan kurang kan gula tu... pas tu aku pon tersalah gak... telur tu aku gi letak telur putih sekali.. so da jd cm pelik sikit... sebab nya cookies aku tu lembut jer... ssh nak buat bentuk... sbb tu la rupa dia agak buruk... aku masak pon bukan dlm oven aku guna ibu aku nyer multipurpose electric cooker... haha... dia tulis kat ctu leh bakar cookies... tp lain kali aku akan guna kan oven yang betul... bukan aper aku takut sikit nak menghidupkan api... hihi... Aper pon Practice make Perfect... so aku akan cuba lagi... saper nk jd tukang rasa??????

Friday, July 30, 2010

Biore

Korang tak pernah dengar pasal Biore??? Tipu r... Biore da wujud lama kat negara kita ni... dari kecik2 aku da pernah gak r pakai barangan Biore... cam shower cream, shampoo dan bnyk lagi r... Cleanser Biore pon aku pernah pakai gak...


Hari Rabu hari tu Biore dan watson ada la buat promotion kat opis aku ni... Time nk balik la pulak tu diorg tarik aku ngan Ms. Liza... di sbb kan Ms. Liza nk gi tgk2 aku pon ikut jer r... lagi pon biore tu x payah la nk wat promotion kat aku sbb barang yang diorg promosikan time tu Cleansing Oil ngan Cleansing Oil - In cotton wipes mmg aku da guna... Biore Pore Pack pon aku guna gak... so aku rasa x perlu promotion2 lagi da... haha...

Tapi yang bagusnya, baru aku tau yang Biore Pore Pack tu boleh digunakan di dagu... sblm ni aku mmg x tau... aku ingat tok hidung jer... hihi... Tapi tak boleh digunakan di Pipi ok...


Bagi korang yang pemakai makeup tegar mesti da tau kan Makeup remover tu amatlah penting bagi meremove makeup kan... bagi yang baru-baru nak berjinak-jinak dlm seni makeup ni... "dik, bukan stakat perlu beli makeup sahaja eh... makeup remover pun perlu jugak"... Klu korang x remove makeup betul-betul liang roma akan tersumbat maka terjadilah blackheads dan korang juga akan breakouts... huhu takut tak... Aku ni pernah la berpengalaman dlm kejadian breakouts ni... amatlah ngeri... muka da kelihatan seperti Nenek Sihir yang Jahat... seram... Klu budak kecik tengok... gerenti nangis r... sbb takut teramat sgt... so melalui pengalaman la aku belajar yang Makeup remover ni amat penting... Lepas aku pakai makeup remover J-word* aku tu pon da kurang... lagi pon biasa la kulit aku ni jenis Combination-Oily... x der J-word* sebijik dlm sebulan mmg tak sah... tapi da x sebanyak dulu r...

Makeup remover yang aku pernah try banyak jugak antaranya"Gee... that was quick" by benefit, Cleanser Milk (cam ner tah nama dier) by Estee Lauder, Cleansing Oil By sasa , "Take the day off " by Clinique dan Cleansing Oil by Biore

Cleansing Oil by Biore ni best jugak... dia berbau fresh2 sikit... makeup pon senang tanggal... klu makeup mata (terutamanya eyeliner ngan mascara - waterproof) amek sikit cleansing oil tu... tekap pada mata (tmpt makeup tu) tunggu beberapa saat pas tu gerenti x jd panda lagi... sangat mudah dan senang jer... x perlukan cotton wipe... bagi yang x braper nk membazir duit bli makeup remover yang mahal-mahal aku suggest kan beli cleansing oil ni... sbb mmg ok dan berkesan... Klu korang x suka sbb dier besar, payah korang nk bawak travel korang boleh jugak guna Cleansing Oil in cotton wipes... sangat mudah jugak... masa kursus hari tu aku bawak yang ni jer... dok sembang2 dlm bilik sambil2 tu remove makeup... hihi..

So pe lagi korang tunggu... Balik nanti or waktu lunch gi la Watson or Guardian or Jusco or AEON Wellness or Sasa yang berhampiran... Grab satu... Insyaallah korang x kan menyesal...

Lady GEGE sedang mengambil gambo...
Gemuk sungguh kan??? huhu

Adik ni seorang Cashier yang bagus... watson sila naikkan gaji adik ni...


Thursday, July 29, 2010

Setabah Laila Asyikin



Adakah aku setabah laila Asyikin????? huhu... nak fikir pon aku tak sanggup...Laila Asyikin (Nur Fathia Abdul Latiff) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi tetapi memilih untuk tidak bekerja setelah berkahwin dengan Mikhail (Irfan Roslan). Namun Laila tetap mengambil tahu tentang urusan syarikat peninggalan arwah ayahnya, Datuk Shamsudin, iaitu United Holdings Berhad.

Mikhail pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif United Holdings atas wasiat arwah Datuk Shamsudin. Mikhail seorang yang gigih, penyayang dan bijak dalam urusan perniagaan, dan United Holdings berkembang maju di bawah pentadbirannya.

Perkahwinan Laila dan Mikhail kelihatan bahagia dengan kelahiran dua cahaya mata iaitu Laila Huda dan Laila Afifah. Namun, keharmonian kehidupan Laila dan anak-anak berkecai selepas Mikhail terlibat dalam kemalangan jalanraya. Lebih memeranjatkan apabila Sarah (Diana Amir) turut berada dalam kereta tersebut. Sarah meninggal dunia manakala Mikhail pula mengalami kecederaan dan koma selama tiga bulan.

Tanpa pengetahuan Laila, Mikhail telah mengahwini Sarah kerana bersimpati dengan kehidupannya yang miskin. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Irfan yang baru berusia tiga bulan. Enggan berdiam diri dan menyerah kalah, Laila mengambil tindakan segera. Dia mendapatkan hak penjagaan Irfan daripada keluarga Sarah.

Dia juga mengatur strategi untuk menyingkirkan sesiapa yang mahu menjatuhkan syarikatnya dengan sokongan sepenuhnya daripada pembantu khas Mikhail, Remy (Fahrin Ahmad). Kebijaksanaan dan ketabahan Laila menyebabkan Remy dalam diam menyimpan perasaan kepadanya.

sinopsis diambil dari sini

Aper perasaan korang klu korang di tempat Laila Asyikin??? Adakah korang akan memaafkan Mikhail dan menjaga Anak Sarah dan Mikhail (Irfan)??? Isk.. isk.. seram jugak klu benda-benda cam ni terjadi kan... Klu aku la... tak tau lgi klu aku dapat maafkan Mikhail tu... sbb aku ni jenis orang yang "CUKUPLAH SEKALI" aper pon klu sekali ko buat aku, aku x kan maafkan korang sampai bila-bila... hah.. terkeluar personaliti melancholic aku.. hoho... Tp memandangkan sarah tu da meninggal... Mikhail tu pulak sakit... dan Mikhail tu pulak ensem hoho... maybe aku blh maafkan dia kot... tu pon klu lagi sekali dia buat macam tu... mmg r... aku tuntut cerai jer... hoho... biasa la aku ni kan klu blh x mo la ada Cik Madu2 ni kan... x best r sharing2 ni kan... :P

Tapi bagi aku r... Laila Asyikin ni sangat tabah... yer r da la suami dier kahwin senyap2 ble orang tanya blh lak dier cakap yang dia bagi kebenaran tok suami dia kahwin lagi satu... mmg dasyat... klu aku mesti muka da ketat giler... nak nangis pon ada kot... nak jumpa orang lain pon malu... suami ada skandal ngan staff dier sendiri... Pas tu dia pon bleh jer amek alih balik syarikat tu... sedangkan banyak benda lagi dia nak uruskan... Mikhail yang sakit, anak-anak (terutama irfan sbb dia baby lagi)... hebat gak dia sbb x emo jaga anak suami dia ngan perempuan lain... klu aku blom tentu aku tak dera budak tu... :P

Nasib baik la tu cerita jer.. bukan realiti... tapi kata orang... setiap cerita ada kaitannya dengan kejadian didunia sebenar... klu ada la orang setabah Laila Asykin mmg aku salute la kat dier... Sbb dia sgt hebat...

Wednesday, July 28, 2010

MsWanniey & Makanan...

Hoho.. aku dan makanan nak kata akrab x braper nk akrab la... Kawan-kawan aku kata taste aku terhadap makanan adalah tinggi... braper tinggi tu aku x tau... diorg kata klu makanan tu tak sedap aku langsung x kan nak makan makanan tu... so diorg kata klu aku boleh makan kat satu-satu kedai tu bermaksud masakan kat kedai tu sedap... aku pon x tau sebenarnya, betul ker taste aku terhadap makanan tinggi... aku rasa biasa jer... maybe sbb ibu aku masak sedap kot... so klu x sedap sikit jer aku da rasa tak sedap langsung.... :P

Aku da lama x gi mid valley.. biasa la aku ni bukan suka naik komuter pon.. sbb da banyak kali aku terkena... tunggu train lama sangat.. last-last aku naik jer cab... da la cab da mahal skrg ni... huhu... bukak pintu jer da RM3... aper tah lagi klu sampai umah aku... sob sob... opps...berbalik kpd cerita makanan td... Kat mid valley ni aku rasa cam syurga makanan la... ada western, ada chinese, ada malay dan yang paling penting ada Japanese... Klu la opis aku kat mid valley alangkah Heaven nya... hari2 aku dpt makan makanan yang sedap2 dan variety... yer r kat opis aku skrg ni ada makanan melayu , Mamak, ngan Western jer... tu pon western tu tak braper nak sedap sangat... sedih tau... tiap kali lunch pk nak makan aper... sbb da x tau nak makan aper lagi...

Klu korang da boring ngan makanan yang korang slalu makan leh r gi cni...



Tapi....................

SUBWAY x der kat Mid Valley....

Sangat Seday....

Tuesday, July 27, 2010

Koc Wanita




Hari ahad hari tu kan aku gi tgk Eclipse ngan Twilighter... Event berlangsung di GSC, Mid Valley... so bagi orang yang x berkereta cam aku kena la naik transport awam... dari rumah cam biasa la aku naik LRT... ble da smpi KL Central aku pon bertukar naik Komuter..

Aku sangat xcited ble turun jer nampak sign Koc Wanita... wah.. 1st time aku nak naik coach wanita ni... dengan motto (motto ker???) "WANITA SAHAJA SEPANJANG MASA" so aku pon feeling2 wanita la... ehhh... statement x leh blah..


Bila train sampai aku pon naik la... biasa la semua WANITA kan... x der la berebut2... relax2 jer... biler aku masuk jer dlm train... korang tau aper yang aku nampak???? Kaum-kaum adam yang dah feeling2 nk join kaum kita... Klu akak2 tu aku x kisah lagi... sbb nampak la effort diorg tu nk join kaum kita ni tak... Kaum-kaum adam yang Claim diri diorang tu tulin... hoho... tulin la sangat... tapi aku x slhkan diorang... mungkin diorang tak reti baca bahasa melayu kot... oppsss... translation bahasa english pon ada... mungkin kita kena letak semua bahasa kat dunia ni kot... tapi aku assume jer la diorg ni dari golongan TAK FAHAM BAHASA... Pihak KTM letak aper bahasa sekali pon kat situ... aku guarantee diorg x kan paham jugak... tak gitu????




Ble la Masyarakat kita akan ada kesedaran sivik dan ada 1st Class Mentality???

Monday, July 26, 2010

~Wedding~

Hari ahad hari tu ada wedding reception kat rumah jiran aku... Kawan aku time kecik-kecik dulu kahwin... sgt meriah ok... dan sangat Unik...

Majlis start dari hari sabtu malam... disebabkan majlis ni hanyalah menyambut menantu, so x der la majlis berinai besar or berinai kecil (sbb majlis berinai kan dibuat hanya di sebelah pihak perempuan) so mlm tu diorg buat makan2 dan ada pertandingan karaoke, musical chair, poco-poco, dan sewaktu dengan nya... pengantin lelaki ni (jiran aku tu) dia masuk band (read: Pancaragam) kat UITM dia... so malam tu dia pakai baju band tu la... sgt cute ok... aku suka tgk lelaki yg join pancaragam ni.. haha...

Gambar Hiasan semata-mata...
tapi pengantin mmg pakai skirt cm ni la... hoho

Diorang ni Tema Garden... dari pelamin smpai ke khemah semua di buat oleh kawan-kawan pengantin lelaki... diorg ni Interior designer... so mmg creative dan sgt cantik aku rasa....

Majlis ni jugak x der kompang2... sbb diorg tukar kan dr kompang ke Pancaragam... so bertambah2 sweet aku rasa... maybe Pengantin ni berkenalan time diorg join band ni kot.. sbb kat kad jemputan ada jer gambo diorg berdua pakai baju band... hoho...

Anywaz Congratulation for both of you...