Thursday, July 29, 2010

Setabah Laila Asyikin



Adakah aku setabah laila Asyikin????? huhu... nak fikir pon aku tak sanggup...Laila Asyikin (Nur Fathia Abdul Latiff) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi tetapi memilih untuk tidak bekerja setelah berkahwin dengan Mikhail (Irfan Roslan). Namun Laila tetap mengambil tahu tentang urusan syarikat peninggalan arwah ayahnya, Datuk Shamsudin, iaitu United Holdings Berhad.

Mikhail pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif United Holdings atas wasiat arwah Datuk Shamsudin. Mikhail seorang yang gigih, penyayang dan bijak dalam urusan perniagaan, dan United Holdings berkembang maju di bawah pentadbirannya.

Perkahwinan Laila dan Mikhail kelihatan bahagia dengan kelahiran dua cahaya mata iaitu Laila Huda dan Laila Afifah. Namun, keharmonian kehidupan Laila dan anak-anak berkecai selepas Mikhail terlibat dalam kemalangan jalanraya. Lebih memeranjatkan apabila Sarah (Diana Amir) turut berada dalam kereta tersebut. Sarah meninggal dunia manakala Mikhail pula mengalami kecederaan dan koma selama tiga bulan.

Tanpa pengetahuan Laila, Mikhail telah mengahwini Sarah kerana bersimpati dengan kehidupannya yang miskin. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Irfan yang baru berusia tiga bulan. Enggan berdiam diri dan menyerah kalah, Laila mengambil tindakan segera. Dia mendapatkan hak penjagaan Irfan daripada keluarga Sarah.

Dia juga mengatur strategi untuk menyingkirkan sesiapa yang mahu menjatuhkan syarikatnya dengan sokongan sepenuhnya daripada pembantu khas Mikhail, Remy (Fahrin Ahmad). Kebijaksanaan dan ketabahan Laila menyebabkan Remy dalam diam menyimpan perasaan kepadanya.

sinopsis diambil dari sini

Aper perasaan korang klu korang di tempat Laila Asyikin??? Adakah korang akan memaafkan Mikhail dan menjaga Anak Sarah dan Mikhail (Irfan)??? Isk.. isk.. seram jugak klu benda-benda cam ni terjadi kan... Klu aku la... tak tau lgi klu aku dapat maafkan Mikhail tu... sbb aku ni jenis orang yang "CUKUPLAH SEKALI" aper pon klu sekali ko buat aku, aku x kan maafkan korang sampai bila-bila... hah.. terkeluar personaliti melancholic aku.. hoho... Tp memandangkan sarah tu da meninggal... Mikhail tu pulak sakit... dan Mikhail tu pulak ensem hoho... maybe aku blh maafkan dia kot... tu pon klu lagi sekali dia buat macam tu... mmg r... aku tuntut cerai jer... hoho... biasa la aku ni kan klu blh x mo la ada Cik Madu2 ni kan... x best r sharing2 ni kan... :P

Tapi bagi aku r... Laila Asyikin ni sangat tabah... yer r da la suami dier kahwin senyap2 ble orang tanya blh lak dier cakap yang dia bagi kebenaran tok suami dia kahwin lagi satu... mmg dasyat... klu aku mesti muka da ketat giler... nak nangis pon ada kot... nak jumpa orang lain pon malu... suami ada skandal ngan staff dier sendiri... Pas tu dia pon bleh jer amek alih balik syarikat tu... sedangkan banyak benda lagi dia nak uruskan... Mikhail yang sakit, anak-anak (terutama irfan sbb dia baby lagi)... hebat gak dia sbb x emo jaga anak suami dia ngan perempuan lain... klu aku blom tentu aku tak dera budak tu... :P

Nasib baik la tu cerita jer.. bukan realiti... tapi kata orang... setiap cerita ada kaitannya dengan kejadian didunia sebenar... klu ada la orang setabah Laila Asykin mmg aku salute la kat dier... Sbb dia sgt hebat...

No comments:

Post a Comment